Tuesday, November 22, 2011

Tahun baru hijrah hadir lagi

Mula semangat hijrah dengan sikap tawaduk
Tahun Hijrah Islam sekali lagi menjelma dengan bermulanya 1429. Tahun yang bakal penuh dengan cabaran ini disambut dengan rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya selama ini. Seperti mana tahun-tahun baru sebelum ini , kita mulakan dengan lafaz Bismillah dan Tasyakkur ke HadratNya kerana kita masih lagi dizinkan untuk menerus usaha-usaha dakwah disamping menjalankan tugasan harian sebagai anak, ibu, bapa ,pendidik, pelajar, pekerja amnya dan sebagai umat Islam khasnya. Namun sebagai muslim yang memahami akan kepentingan hidup sebagai satu Ibadah, seharusnya kita lebih lagi mendalami perspektif sambutan Tahun baru ini. Sambutan tahun baru dalam Islam bukan sahaja satu sambutan yang bersifat bermegah dan bergembira semata-mata tetapi kita harus sandarkan kepada konsep hisab diri , merenung akan kelemahan, kekurangan yang telah kita lakukan sebelum ini dan menginsafinya. Dalam pada erti tahun baru juga membwa makna mencetuskan rasa ingin berubah dari satu kekurangan kepada satu kekuatan yang baru. Apabila kelemahan dikenalpasti maka disitulah datangnya perasaan untuk memperbaiki. Namun tidak semua merasai akan kelemahan. Ada juga perspektif lain daripada kelemahan. Kerana tidak semua orang akan merasai kelemahan dalam diri. Justeru, erti hijrah tahun baru juga boleh diungkap dari erti kata menambah baik serta meningkatkan sesuatu usaha ke arah terbaik. Menghitung diri dan muhasabah yang juga satu amalan para anbiya, mursalin adalah satu perkara yang cukup penting yang harus dijadikan budaya dalam hidup semua manusia. Ungkapan mengihitung diri selaras dengan semangat MUHASABAH.



No comments:

Post a Comment