Monday, September 26, 2011

Masalah sukar tidur



Tips Atasi Masalah Sukar Tidur


Salam...

Bagi sesetengah orang macam aku, pantang tempat tu gelap, mata mesti mengantuk. Tetapi ada juga orang yang tidak boleh tidur kalau gelap. Dia akan terasa lemas. Mungkin faktor ini disebabkan amalan sejak kecil. Tetapi ada lagi orang yang pantang letak kepala di bantal, terus terlelap tidak kira gelap atau cerah. Mungkin akibat keletihan melampau.

Masalah sukar tidur atau insomnia sememangnya mengganggu kehidupan harian seseorang. Entry ini ditujukan pada rakan-rakan blogger khususnya yang mempunyai masalah tersebut dan amnya pada pembaca Teratak Usang.

Mengikut kajian, faktor seperti hilang kerja, penceraian, masalah rumahtangga dan tekanan perasaan menyebabkan masalah sukar tidur. Kualiti tidur juga terjejas berikutan peningkatan usia. Walaupun insomnia dengan sebab-sebab berbeza, anda boleh mengamalkan tip-tip berikut:

1. Tetapkan masa tidur dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. Kalau ada gambar/ filem yang seronok (ditunggu-tunggu) pun, jangan tunggu sampai habis. Sila la beradu.

2. Lakukan senaman pada siang hari. Semestinya anda akan rasa mengantuk pada malam hari. Kalau tak Berjaya juga, senamanlah sepanjang hari. Kalau tak letih, bukan orang namanya.

3. Jangan ambil minuman berkafien kerana ia mungkin menyebabkan anda tidak mengantuk.

4. Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam. Ingat bahawa esok masih ada untuk makan. Tapi kalau dah ajal, innalillah....

5. Amalkan teknik relax secara kerap. Buat latihan pernafasan dan meditasi serta yoga (untuk bukan Islam).

6. Mandi dengan air suam sebelum tidur. Untung pada sesiapa yang dah berkahwin sebab boleh minta pasangan anda mengurut. Kalau yang belum berkahwin, minta kawan-kawan atau saudara untuk mengurut kerana mengurut juga boleh membuatkan anda relax.

7. Elakkan atau kurangkan buang air kecil. Jika terpaksa, cuba hadkan sekali selepas 1 jam di tempat tidur. Ada ke orang buang air setiap jam selain wanita mengandung? Wallahu’alam.

8. Jika tidak lena juga selepas 20 minit dan tidak mengantuk, bangun dan membaca (cari buku yang membosankan seperti buku sejarah ) atau lakukan sesuatu yang kurang aktif sehingga mengantuk. Kemudian cubalah tidur.

9. Jangan terlalu fikirkan masalah anda tak dapat tidur. Ingatkan diri anda, walaupun susah tidur, ia bukan ancaman kehidupan.

No comments:

Post a Comment