Tuesday, September 6, 2011

Masa pun berlalu

MaYA...
masa pun berlalu
diimbas angin lalu
membawa seribu liku
mencalar sebuah lagu
Maya..
masihkah ada sisa sia itu
pada impian pada planing masa dep[an
atau kerana ada Mas
Maya lupa segalanya
tiada lagi bekas dan rentas

Aku masih begini..
masih mendakap masa lalu
dengan kehangatan cinta
dan kepongahan rasa
bunga yang bertabur depan mata
tidak dapat menandingi ronanya
kerana bunga itu
adalah perahan rasa
pintalan zamam
dan gunung gunung harap
peta yang dipeta

Maya..
Aku masih begini lagi

7Syawal

No comments:

Post a Comment