ips Guru Cemerlang
Yang Positif… | Yang Negatif… | |
Penyabar & Pengasih Bijak mengambil hati murid, bersedia memaafkan murid, memberi hukuman untuk mendidik bukan melepaskan geram, mendidik murid seperti anak sendiri | Panas Baran & Garang Sengaja menampakkan wajah yang garang sepanjang masa, tidak suka dan tidak mahu menunjukkan kemesraan, suka berleter dan cepat marah | |
Ceria & Periang Penampilan yang seseuai dan menarik, keceriaan yang ikhlas dari hati, tahu untuk berjenaka sekali-sekala, dapat pula menerima jenaka murid tetapi tetap dalam adab dan susila | Lesu & Membosankan Penampilan yang lesu dan air muka yang muram dan masam, tidak mempamerkan keceriaan, penyampaian yang mendatar, tiada usdaha untuk menarik perhatian murid | |
Prihatin & Peka Peka akan keperluan murid, sedar akan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada murid, mengambil berat akan masalah murid sama ada di dalam atau di luar sekolah | Tidak Peduli & Tidak Kisah “Tugas aku mengajar sahaja, masalah mereka bukan masalah aku.”, tidak mempedulikan peningkatan atau perubahan yang terjadi pada murid, tidak ambil tahu dan ambil berat | |
Kreatif & Inovatif Sentiasa mencari idea-idea baru yang dapat menarik minat murid untuk belajar, mennggunakan teknik-teknik pengajaran yang berkesan | Jumud & Beku Sekadar melepaskan batuk di tangga, hanya terikat dengan satu-satu teknik pengajaran sahaja, tiada usaha untuk membaiki cara dan kaedah pengajaran | |
Cergas & Meyakinkan Sentiasa bersemangat ketika mengajar dengan intonasi suara yang jelas serta bahasa badan yang dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap apa yang sedang disampaikan serta bersifat dua hala | Statik & Membosankan Penyampaian yang sambil lewa, intonasi yang tidak jelas, bahasa yang sukar difahami dan tidak disokong oleh gerak badan yang sesuai, persembahan yang mendatar dan bersifat satu hala. | |
Adil & Saksama Tiada kecenderungan menyukai seseorang murid dan mengenepikan yang lain, memberi perhatian yang sama rata kepada semu, setiap tindakan berdasarkan kewajaran yang benar | Berat Sebelah & Pilih Kasih Cenderung mempamerkan sikap melebihkan seseorang murid daripada yang lain, hanya memeberi perhatian kepada murid tertentu, setiap tindakan berdasarkan kecenderungan yang melulu dan bukan pertimbangan yang wajar |
No comments:
Post a Comment