Monday, November 2, 2009

Puisi: Ku temui sepasang kekasih


Kelmaren..
ku temui sepasang kekasih
yang lari dari rumahnya..
membawa bersamanya kenderaan cinta
memetraikan nikah tanpa restu Ayah Ibu
Aku bertanya..
sudah berapa lama cinta kalian bina
4 bulan cinta sungguh bermakna
bagai mata keris menikam dada
lalu sebak pun bergema
kemana hilangnya simpulan sayang Ayah Bonda
belai kasih 24 tahun
kerana tarian kata
dan lagu pujuk manis
pasangan kekasih itu
melayari bahtera cinta
atas laut air mata
tanpa doa tanpa restu
dimana berkatnya..

11 malam 2-11-2009
Jala

No comments:

Post a Comment