Wednesday, November 4, 2009

Puisi :apabila hari itu tiba



Suati hari..
kita akan memutarkan hati dan perasaan
mengembalikan pita kesilapan masa silam
yang tak mungkin diulang lagi..

hari kita merasa sungguh bahagia
berpegangan tangan dengan kekasih
yang belum dimatrai tali ijab kabul..
kulit bersentuhan..
nafsu pun bergelumbang
tanpa menghirau pantang tuhan
dan waktu sembahyang

Hari kita merasa sungguh terhibur
dengan dindangan lagu dan tepuk irama
lalu melupakan lirik dan lagu Alkuran

Hari kita mengonyah daging saudara
kita siat siatkan keburukan mereka atas nama kebaikan
dan melupakan segunung nasihat
yang menjadi tanggungjawab bersama

Hari dimana air mata mengalir
melihat adigan sedih sebuah drama
dan simpati pada pelakun
tapi air mata kita ketandusan kontang
menangis gentar pada Allah

Hari dimana kita merasa megah pada petah penipuan
timbunan harta dari sumber haram
lalu melupakan penderitaan orang orang miskin
fakir dan oku
yang terlantar memamah hari hari berduri

Akan tibalah hari itu
mulut tidak berbicara lagi
peteh bohong lincah penipuan
tangan kaki anggota mengaku
pada semua dosa pada segala noda
pintu masa pun tertutup terkunci
kenderaan pulang sudah kehabisan meninggal kita dalam ngeri

Jangan sekali cuba membolak balikkan
merasa bahawa kematian bukan milik kita
yang pasti ia akan tiba
dalam masa 7 hari
sewaktu mata pejam
mungkin esok tidak dapat dibuka lagi
telinga tidak dapat mendengar pesona puja
malam pengantin dikuburan
amat dahsyat
dari apa yang kita pikirkan..

12-11-2009
Jala...

No comments:

Post a Comment