Tuesday, April 8, 2014

Puisi:Kala tercekik


Menerawang pada debur Maya
yang entah apa rona ragamnya
sesekali Kita jadi tercekik
pada hantu masa silam
dan bayang bayang kelabu
sesekali Kita dibelit gelisah
pada kerja dan seribu masaalah
lalu dada pun terhimpit
malam tiada lagi bintang
apalagi bulan
Siang tiada lagi mentari
bersembunyi dibalik rindu
itulah rintitan perjalanan panjang
ada duri ada jarum menyocok kaki
ada paku mencolek diri
sirami ia dengan atma sedar
jangan bajai luka dengan menurut rasa
bacalah ALAM NASYRAH
itulah penawar paling mujarab
nampak signal dan Isyarat
dan jalan berdebu itu
dan aspal berjerebu
hilang tersiram
gahib terkulai layu
kerana Kita berawal dari tiada
Allah yang menghantar dan merencana
bukan untuk derita
bukan pula untuk kecewa
perjalanan masih panjang
berjalanlah dengan seobor peduman..

Jala 9-April 2014

No comments:

Post a Comment