Sunday, December 29, 2013



Berazamlah untuk menjadi yang hamba Allah SWT yang terbaik. Bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga seisi keluarga mendidik diri sendiri dan anak-anak untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.

Seperti kelaziman, tiba sahaja tahun baru, semua orang mula berazam. 1001 azam ditanam dengan harapan akhir tahun terlaksana segala-galanya. Tetapi malangnya, lebih banyak azam yang terbengkalai berbanding yang berjaya. Agar azam tahun ini berjaya, marilah kita mulakan azam dengan berazam untuk melaksanakan azam yang telah kita rancang sebaiknya. Kemudian, barulah diikuti oleh azam yang lainnya.

Secara peribadi, saya suka jika tahun baru ini kita para ibu bapa berazam menjadikan keluarga kita keluarga Islam yang sebenar-benarnya dan bukan Islam hanya pada status agama dalam Kad pengenalan sahaja. Marilah kita bersama-sama amalkan cara hidup mengikut sunnah dan Al-Quran. Kita tinggalkan masa lepas dan mulakan hidup baru.

Kepada keluarga yang sememangnya mengamalkan gaya hidup Islam, teruskan dan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Tetapi kepada yang ingin berubah menjadi lebih baik dipersilakan. Walau bagaimanapun, sebelum melakukan sebarang perubahan, adakanlah perbincangan dengan setiap individu dalam keluarga. Terangkan apa bentuk perubahan yang ingin dilakukan dan minta pendapat mereka. Setelah berbincang dan mencapai kata sepakat, ajaklah semua bekerjasama memastikan azam yang ditanam berjaya dicapai.


No comments:

Post a Comment