Wednesday, November 13, 2013

Cerpen:Jiranku Mat black


"Mat !..bila lagi ni nak kawen..usiapun dah larut..kalau tua nanti manalah ada gadis gadis yang sudi"
 itulah senda gurau yang sering aku luntarkan kepada Mat black setiap kali Aku pulang kekampung menjengok kebun dan rumah..
"Eh..manalah ada gadis kampung ni yang sudi kat Saya..tak handsom..hitam macam Negro..kalau ada janda dan Dara yangi sudi manalah
 Saya ada kuasa untuk mencari mahar yang semakin hari semakin mahal dan tinggi macam bukit Sangkalakiri getah naik mahar pun naik..Emas naik mahar pun naik..Kelapa naik mahar pun naik..minyak naik maharpun naik..nampaknya atas dunia ni Saya tak ada kesempatan nak kawen"
Itulah luahan Mat black yang sering Dia hamburkan kepadaku setiap kali aku bertanya  hal kawen..

   Mat black, itulah nickname yang diberikan  oleh budak budak dikampung Bongor Tanjungmas..kerana kulitnya yang agak gelap tapi mudah mesra dan tak ringan tulang kalau ada khenduri atau ada penduduk 
kampung yang sakit atau mati..walaupun orang Kampung memanggilnya dengan mat black tapi dia hanya senyum menerima saja..
" Biarlah hitam kulit asal jangan hitam hati.."jawabnya dengan senyum manis menampakan gigi putih macam iklan ubat gigi satu jenama yang menunujukan gigi yang putih melepak..

   Dia bukan tak nak kawen ,,Ibunya Meknab sering merungut, kadang kadang bagai mau menangis suruh Dia kawen..tapi dia tetap senyum yang merupakan karektornya sejak dari kecil..setahu aku sudah tiga orang  gadis dipinangnya..mula mula Meksom anak jali..tapi maharnya 100 ribu bat..sebulan mat menyembunyikan diri malu nak keluar minum dikedai kopi,, 
Kali kedua Dia merisik timah anak Deraning atas bukit..110 ribu bat maharnya,,sekali lagi Mat terpaksa meminta maaf kerana dia tidak berupaya mencari wang sebanyak itu...usah 100 ribu kata Mat..50 ribu pun Dia tak tahu nak korek bukit mana..padahal Timah anak Deraning tu bukan comel..gigipun rongak sebatang bukan putih cuma tinggi sikit..2 bulan mat tak pergi kekedai kopi dan tak pergi Masjid kerana malu nak beristeri tak ada duit...

  Usianya terus meningkat..dah hampir 40..Meknab ibunya melamar seorang janda yang suaminya mati kena tembak,..maharnya 50 ribu bat..mat termenung melihat awan yang berarak dan burung yang galak pulang
kesarang..Dia merungut perlahan..janda yang telah kawen 7 tahun pun 50 ribu..padahal sudah beribu kali  daranya dihantam Suami,,,lalu Mat black membuat keputusan tidak akan kawen lagi.denga perempuan atas dunia...kalau ada rezki dia akan kawen dengan Bidadari dalam syurga ...maharnya dengan amalan dan kebajikan..

  Sewaktu berusia 40an Dia ditimpa pelbagai penyakit..kencing manis.darah tingigi.penyakit buah pinggang dan jantung.. nak pergi kehospital manalah duit..lagipun siapa nak tunggu Dia dihospital..Meknab Ibunya sudah tua
berjalanpun memakai tongkat..Pesah adiknya pun tak boleh tunggu lama lama,Anaknya ramai..kecil kecil pula..terpaksalah mat black berubat cara tradisnal..merebus pelbagai herba..akar sepelas,,akar nangka..akar sagu yang menghala kiblat..Mat black semakin sarat dan tenat..
  Kelmarin,selesai Asar Aku mendapat panggilan dari Haron Anak saudaraku memberitahu Mat black telah meninggal dunia diteratak usangnya, 
  Aku hanya dapat menghantar sejambak alfatihah dan segugus qulhuallah..
  dan Aku cuba mengimbas kembali perjalanan pahit kehidupannya ..yang aku tahu itu bukan pilihannya..

No comments:

Post a Comment