Saturday, March 9, 2013

Puisi untuk diri:Apabila masalah datang



Hidup yang sering dibelit duri
akar dan onak menyocak pinggang
hampir rebah dijalanan
namun tangan masih berpegang
pada Ayat Alam Nasyrah
dalam kepedihan ada ubat lukanya
dalam keperihan ada liuk manjanya
pada duri runcing ada lalangnya
pada onak tajam ada batu pengasahnya
pada sirih ada agangnya
dalam kepayahan..
pasti ada mudahnya

Lalu ku ulang lagi
seribu kali sejuta kali
pasti.......
dalam kesukaran itu ada jalanya
berjalanlah pada selusurnya
tanpa mengindahkan panggilan hantu
tanpa peduli nyanyian Syaitan
tanpa menyerah pada rona pesona
ingatlah bahawa
masalah itu adalah kematangan
problem itu adalah kedewasaan

Aku pun bangun
membawa seulas senyum
sambil merungkai bingkai bingkai
melepas ikatan tali
dan Aku lihat
Bebunga bertaburan
Beburung berkicauan
Embun berguguran
didepan rumahku

10-3-1213
Petang yang kelabu

No comments:

Post a Comment