Monday, November 12, 2012

Hijraturrasul..Banyak pengajarannya....



Hijrah adalah satu perjalanan dan perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Hijrah juga bermaksud perpindahan dari zaman kegelapan ke suatu sinar cahaya yang lebih cerah. Hijrah juga bermaksud pergerakah seseorang dari keadaan tidak berilmu dan jahil ke suatu keadaan di mana mereka dapat menuntut ilmu dan beramal kepada Allah. Namun perbincangan kita pada hari ini bukanlah berkisar kepada pengertian hijrah semata, namun lebih kepada apa yang dapat kita pelajari daripada peristiwa hijrah.Rasulullah s.a.w telah menunjukkan suatu kronologi bagaimana ingin membina sesuatu tamadun yang hebat daripada peristiwa hijrah. Suatu negara Islam yang pertama terbentuk, dengan suatu perundangan bertulis yang pertama di dunia ini diasaskan oleh beberapa perkara yang sangat penting. Namun terdapat sebilangan besar pendidik bahkan juru dakwah sekalipun yang terlepas pandang akan hal ini. Mereka menyangkakan bahawa cara mereka telah betul dan terbaik. Mereka sebenarnya hanya ‘syok sendiri’, tersenyum keseorangan. Namun hasilnya bukan yang terbaik. Muhammad Al Fatteh pernah berkata bahawa sesuatu yang terbaik ialah yang mengikut cara Rasulullah s.a.w.
Bermula apabila Rasulullah s.a.w sampai ke Yatsrib, perkara pertama yang dilakukan ialah membina masjid(Masjid Quba’). Kemudian setelah sampai ke Madinah, Rasulullah s.a.w mempersaudarakan golongan muhajirin dan golongan Ansar. Kemudian disusuli dengan Pembinaan Piagam Madinah. Maka hasilnya ialah terbentuknya satu Tamadun Islam.

 

Pembinaan Masjid

Asas kepada apa sahaja yang dilakukan ialah Aqidah. Sesuatu yang ingin delaksanakan perlu didasari dengan ikatan kan kebergantungan kepada Allah s..w.t tidak kira apa sahaja yang ingin dilakukan. Seseorang yang ingin bermain bola, erlu didasari dengan akiqah. Dengan akidah inginlah yang akan menghalang mereka membuka aurat semasa bermain.
Seseorang yang sedang belajar juga perlu didasari oleh akiqah. Dengan akidah inilah yang akan menghalang mereka daripada ponteng kelas, melawan guru/pensyarah, melakukan tugasan dengan sempurna.
Seorang pensyarah juga perlu didasari diri mereka dengan akiqah. Dengan akiqah ini jugalah yang akan menghalang mereka daripada menzalimi pelajar. Dengan aqidah ini jugalah yang akan menghalang mereka bertindak negatif terhadap pelajar. Dengan aqidah ini jugalah yang akan menghalang mereka JATUH HATI dengan pelajar. Keterikatan dan kebergantungan seseorang itu perlu kuat dan utuh terhadap Allah s.w.t.
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Ramai yang tersilap langkah atau tersalah pandang. Ramai dalam kalangan pendidik yang terlalu berpaksi kepada keegoan dalam diri masing-masing. Ramai yang memandang remeh soal persaudaraan.
Antara perkara penting yang usaha mendidik dan mentarbiah seseorang individu ialah kita(guru/pendidik/pensyarah) perlu mengenali dan mendalami kehidupan mereka yang hendak dididik dan ditarbiah. Terkadang, ramai dari kalangan pendidik merasakan mereka sudah terbaik dan mungkin ber’title’ pensyarah, tidak boleh turun bermain bersama pelajar mereka, tidak boleh duduk semeja berbincang dan ‘minum-minum’ dengan pelajar mereka. Keegoan ini akhirnya menjadi tembok pemisah yang menghalang proses tarbiah.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bagaimana sekiranya kita ingin membina tamadun dalam diri seseorang, setelah kekuatan aqidah dalam diri kita terbina, maka perlu pula kita mempersaudarakan diri kita dengan mereka yang ingin kita tarbiah. Kita perlu mengenali dan mendalami diri mereka supaya proses tarbiah itu bergerak dengan lebih efektif.

Piagam Madinah

Setelah seseorang juru dakwah/pendidik/pensyarah mengenali kehidupan mereka yang ingin ditarbiah, didasari pula dengan kekuatan aqidah, dan bermatlamatkan aqidah, maka proses yang selanjutnya ialah proses pendisiplinan. Kemesraan telah terjalin. Pada tahap ini proses pendisiplinan sudah boleh dijalankan, mengikut rentak dan kaedah yang terbaik, sesuai dengan sifat-sifat pelajar(kita akan ketahui setelah kita mendekati mereka secara langsung atau tidak langsug). Terkadang memerlukan kelembutan, atau sebaliknya kekerasan, marah, teguran dan sebagainya. Proses pendisiplinan ini akhirnya akan membawa kepada terbentuknya satu cara hidup yang bertamadun.
Maka selepas itu, terbentuklah satu tamadun yang terhebat dalam diri seseorang, Insyaallah

Al ‘Alimah TG Hj. Ni’mat pernah memberi formula bagaimana ingin menbina kemesraan sesama kita.
1.Makan bersama

2.Main bersama

3.Tidur bersama(untuk sama-sama bangun malam bribadah)

Jagalah virus-virus yang amat merbahaya dalam diri seseorang juru dakwah/pendidik/pensyarah
1.Keangkuhan yang tinggi akan membinasakan

2.Buka fikiran untuk belajar sesuatu yang baru. Walaupun seorang pensyarah sekalipun, kita masih banyak kelemahan.

3.Jangan jatuhkan orang lain untuk kita naik ke atas

4.Kenali dan dalami kehidupan sesorang  Kelak kita akan dapati terdapat beberapa masalah kecil/besar antara mereka yang menghalang mereka terus cemerlang. Lebih teruk lagi jika masalah itu akan turut merosakkan sahabat-sahabat mereka. Hijrah yang kita sedia maklum adalah peristiwa dimana perpindahan Rasulullah saw dan Umat Islam dari Makkah ke Madinah.

Namun,peristiwa hijrah bukan hanya tentang perpindahan umat Islam,namun peristiwa hijrah juga banyak memberikan impak terhadap Islam.

Perjalanan Rasulullah ke Madinah untuk memperkukuhkan Islam dan umat Islam

Disitulah,satu tranformasi mula berlaku.Islam semakin berkembang dan umat Islam semakin utuh dalam satu ummah.

Namun,jika dilihat pada hari ini,ada segelintir umat Islam yang seperti tidak endah dengan peristiwa penting ini dan berani saya katakan bahawa ada juga umat Islam yang masih tidak mengetahui peristiwa hijrah ini.

Oleh itu,kita perlulah mentranformasikan diri kita atau kita lakukan hijrah dalam diri kita sempena peristiwa bersejarah Islam ini.




Hijrahkan Dirimu
Saya ingin mengingatkan diri saya dan para pembaca yang dimuliakan Allah,bahawa diri kita perlu melakukan satu proses hijrah kearah mendapatkan redha-Nya dan menjadi seorang muslim ‘acuan’ Al-Quran dan Hadis.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan ini adalah kitab (Al-Quran) yang kami turunkan dengan penuh berkah.

Ikutilah,dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat”
(Surah Al-An’am:155

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
“Aku Tinggalkan kepada kalian dua perkara yang mana jika kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan sesat selamanya..itulah Al-Quran dan As-Sunnah..”
Berdasarkan Firman Allah itu dan hadis Rasulullah diatas,kita disuruh agar sentiasa menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang memberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai umat Islam,marilah kita tranformasikan diri kita kearah menjadi seorang Insan yang bertaqwa yang menjadikan Allah sebagai tujuan utama dan Rasulullah sebagai teladan kehidupan.
1)Hijrah Iman
Perlu diketahui bahawa iman manusia kini bukanlah seperti iman para sahabat yang semakin meningkat hari demi hari,tapi iman kita seperti air laut ada pasang dan surutnya atau ada naik turunnya tahap keimanan kita kepada Allah.

Mungkin diri kita,jika kita menghadiri sebuah majlis ilmu seperti Forum Perdana dan ceramah yang diadakan maka iman kita akan meningkat dan mungkin selepas tamatnya majlis ilmu tersebut tahap iman kita menurun.

Tambahan lagi pada era globalisasi yang mana iman kita sentiasa diuji dengan dunia yang kelihatan indah dengan tarikan hawa nafsu kita yang selalu mengajak diri kita mendekati sesuatu yang haram,maka amatlah penting kita melakukan hijrah pada iman kita agar iman kita yang pasang surut ini mampu kukuh daripada tarikan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Pembersihan jiwa dan hati kita perlulah dilakukan agar jauh daripada sifat yang keji yakni sifat mazmunah dan berusaha mendapatkan sifat terpuji yakni sifa mahmudah agar hati dan jiwa diterangi dengan Nur dan mudah untuk menerima hidayah Allah SWT.

Selain itu,kita perlulah melakukan atau menjalankan konsep amar maaruf nahi mungkar iaitu menyeru kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan kerana ini juga mampu ‘membentuk’ iman yang mantap kepada Allah SWT selain orang yang melakukannya adalah orang yang bakal mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kearah kebajikan,menyuruh

berbuat yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang yang beruntung
(Surah Ali-Imran:104)
2)Hijrah Ilm
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap muslim” -Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la-

Berdasarkan hadis Rasulullah saw tersebut,jelas mengatakan bahawa adalah WAJIB bagi seluruh umat Islam untuk menuntut ilmu serta mendalaminya.

Saya pernah mendengar kisah Rasulullah saw yang mana ketika Rasulullah memasuki sebuah masjid dan di dalam masjid itu terdapat dua kumpulan.Kumpulan yang satu sedang berzikir kepada Allah dan kumpulan yang satu lagi sedang mengadakan majlis ilmu.Lantas Rasulullah saw menghampiri kumpulan yang sedang melakukan majlis ilmu tersebut.

Daripada kisah Rasulullah itu,kita dapati bahawa menuntut ilmu itu lebih diutamankan.Ini kerana menuntut ilmu atau hadir dalam majlis ilmu itu adalah sesuatu yang bukan boleh dihadiri setiap masa dan setiap hari.Manakala beribadah kepada Allah boleh dilakukan pada setiap masa dan setiap hari.Sekalipun kita tidur dengan mengikut cara atau sunnah Rasulullah saw maka tidur kita juga dikira sebagai ibadah.

Bersempena dengan hijrah ini,kita usahakan diri kita untuk lebih mencintai ilmu dan sedaya upaya untuk mencari ilmu kerana ilmu juga adalah cahaya yang membaca diri kita ke arah sebuah kehidupan yang harmoni.

Kejahilan pula perlulah kita jauhi kerana kejahilan tidak akan membawa apa-apa kebaikan buat diri kita melainkan diri kita semakin jauh dengan Allah SWT.

Malah,dalam Al-Quran Allah mencela kepada orang-orang yang bodoh.

Firman Allah:
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maaruf

serta jangan perdulikan orang yang bodoh”
(Surah Al A’raf:199)
3)Hijrah Amal
Hijrah Amal boleh dilakukan dengan memperkasakan lagi amal perbuatan kita.

Kita perkasakan yang wajib dan tingkatkan yang sunat.Serta lakukan amal perbuatan itu dengan niat kerana Allah.

Kita disuruh agar selalu berlumba-lumba untuk melakukan amal.Sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud
“………..Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan……
(Surah Al-Ma’idah:48)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Sesungguhnya agama adalah mudah.Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan .

Perbetulkanlah,dekatkanlah dan bergembiralah.Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh,selepas gelincir matahari dan sebahagian malam” -Hadis Riwayat Al-Bukhari-

Melalui hadis Rasulullah saw diatas,sedikit keterangan yang ingin saya kongsikan.

-”Berlebih-lebihan” -orang yang memberatkan-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras,ia akan lemah dan menghentikan

amalanya.

-”Perbetulkanlah” -Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan.

-”Dekatkanlah” -Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurnamaka lakukanlah sekadar menghampirnya

-”Bergembiralah” -Bergembira degan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan

-”Bantulah Diri” -Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukan di waktu yang sesuai

Marilah,dengan umur yang masih dipinjamkan Allah kepada kita dan masa yang masih berjalan maka gunakanlah dengan melakukan amal agar menjadi bekalan buat diri kita bila bertemu Allah kelak.

Lakukanlah sesuatu amal itu dengan beristiqamah yakni berterus.Walaupun amal kita itu sedikit tapi jika selalu dilakukan maka ia adalah lebih baik

4)Hijrah Akhlak
Akhlak adalah salah satu perkara penting yang kita perlu tranformasikan.

Islam adalah agama yang sempurna.Dengan utusan Nabi Muhammad saw yang septutnya dijadikan model atau ikon bagi manusia hari ini.Ini kerana pada diri Nabi Muhammad itu sudah terdapat apa yang kita inginkan dan memang sepatutnya Nabi Muhammad dijadikan contoh untuk menjadi pemimpin,suami,ayah,dan lain-lain.

Rasulullah adalah seorang guru atau pendidik bagi akhlak yang baik.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik” -Hadis Riwayat Ahmad-

Jika dilihat pada hari ini,anak-anak kecil sudah mula diperkenalkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan anak-anak juga sudah diajar untuk menjadi popular seperti penyanyi.Jika dilihat di kaca tv,banyak sudah rancangan-rancangan tv yang menampilkan anak-anak berusia muda untuk diasuh dengan hiburan.

Sepatutnya,anak-anak muda seperti ini haruslah dididik dengan ajaran Islam supaya bila sudah meningkat dewasa tidak begitu sukar untuk dibentuk.

Pepatah melayu ada mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Jadi,malangnya anak-anak hari ini mula diajar dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Selain itu,kemunculan ikon-ikon atau pelakon yang menjadi contoh dan ikutan anak-anak muda masa kini semakin memburukkan keadaan.Pemikiran anak-anak muda yang sepatutnya menjadi generasi Islam masa hadapan sudah dimanipulasi atau sudah dijajah dengan unsur-unsur negetif.

Oleh itu,marilah kita sama-sama kembali mengikut jalan yang benar dan menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikon bagi diri dan keluarga kita.Barulah diri kita dan keluarga kita itu menjadi sebuah keluarga yang mendapat keredhaa-Nya.





No comments:

Post a Comment