Monday, December 26, 2011

Hujan dab banjir datang dan datang lagi


Hai..apa dah terjadi...sebentar hujan sebentar panas..sebentar banjir sebentara mentari menyinar.......itu antara sedutan rasa tak puas hati maknusia..sememang maknusia tentunya Kita,,tak pernah berpuas hati...pad hal banyak pengajaran dan rahmat disebalik hujan dan banjir


...Apa pun jua kalau Kita berpandangan negatif ia akan menggalas secupak rasa tidak senang hati..namun seandainya Kita berpandangan positif ia akan mencurah rasa tenang berkepanjangan

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda.
Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyiksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha (rumah Umar bin al-Khattab).
Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata:
Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah dan jalan-jalan menjadi terputus (iaitu mereka tidak lagi dapat menggunakan unta kerana bimbang unta mereka mati malah boleh mengurangkan binatang ternakan mereka disebabkan cuaca pada ketika itu), oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita.
Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami.
Kata Anas: Tidak, demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Di antara kami dengan gunung tidak ada satu pun rumah atau perkampungan (yang menghalangi pandangan kami untuk melihat tanda-tanda akan turunnya hujan).
Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. Tidak, demi Allah! Kami tidak melihat matahari sedikit pun.
Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata:


Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus. (Kali ini kerana terlampau banyak hujan). Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami.
Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa:
اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok
Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari *
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Jahal berdoa: Wahai tuhanku sekiranya al-Quran ini betul datang dari sisiMu, maka turunkanlah hujan batu dari langit atau timpakan kepada kami siksaan yang pedih.
Lalu turunlah ayat
( وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيْهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ وَمَا لَهُمْ أَلا يُعَذِّبَهُمُ اللَّهُ وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ )
Yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedangkan ‘engkau wahai Muhammad ada di antara mereka dan mengapa mereka tidak patut disiksakan oleh Allah sedangkan mereka menyekat orang2 Islam daripada Masjidil Haram sehingga ke akhir ayat
BANJIR DI AKHIRAT

Satu penegasan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak , ialah banjir di akhirat kelak.
حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) قَالَ يَقُومُ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ *
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda mengenai firman Allah ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) Yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan Semesta Alam. Baginda bersabda: Seorang daripada mereka tenggelam dalam peluhnya sehingga paras telinga *
Jangan lah kita terlalu merungut dengan keadaan cuaca sekarang ini, berpada-pada lah dengan nikmat yang Allah SWT anugerahkan. Selepas musim banjir cuaca akan kembali cerah dan panas. Bila cuaca panas kita sekali lagi merungut dan membebel kerana terlalu panas. Sesungguhnya keadaan di dunia ini tidak pernah sempurna buat kita hingga ke tiupan sangkakala.

No comments:

Post a Comment