Tuesday, October 11, 2011

Hantu ,Hantu dan Hai....


   Akhir akhir ini topek hantu sekali lagi menjadi hangat apabila ia diperkata dan dipersoalkan tentang bahaya dan kerosakan yang berlaku berpunca dari Hantu..terutama hari ini filem dan derama Hantu mendapat udian dan sambutan meluas dari kanak kanak sampailah pada yang dewasa..dan nama nama hantu pucung Hantu la sewe hantu bungkus Hantuk tokmkeriting Hantu raya Hantu tanah Hantu air Hantu mak gobeng mula menjadi mainan bibir Masyarakat..Fenomena ini memang amat merbahaya sekalai terutama dari segi akidah..salah satu adigan derama yang sering ditonton dan menjadi kata ajuk anak anak adalah...
"Aku lah yang paling berkuasa dialam ini..Aku boleh mematikan kamu..hai,,,,,:
Para pembaca boleh menilai sendiri kata kata Hantu yang sering dilafazkan yang bertujuan untuk menyeram dan menakutkan..
   Tahyul dak khurafat tidak dapat lari dari cerita dn adigan tersebut..anak anak yang tidak ada penapis akidah yang kental mungkin akan terbawa bawa sekali gus mungkin akan terikut ikut..
ada beberapa hal amat negatif dalam masalah ini..
Sesungguhnya khurafat akan membawa kesan buruk kepada umat Islam iaitu;
Pertama : Merosakkan akidah(syirik).

Kedua : Hilang kepercayaan kepada rukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar.
Ketiga : Lenyap sikap berusaha dan mudah berputus asa.

Rasulullah SAW memberi peringatan keras tentang tujuh perkara yang membinasakan, ia perlu dijauhi di mana syirik merupakan perkara yang utama. Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Jauhilah kamu tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya apakah perkara-perkara itu ya Rasulullah?Baginda menjawab: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan membuat tuduhan jahat ke atas perempuan mulia lagi beriman".

(Riwayat Muslim)



No comments:

Post a Comment