Tuesday, April 5, 2011
Pantun dari Jala
@Dari Jala pergi ke Menara
naik keritaa bertayar tiga
cantik kerita kerana wanranya
cantik maknusia kerana akhlaknya
@Kampung Besing Kampung Perigi
singgah sebentar dikampung Budi
kalau hidup tidak berbudi
bagai tunggul yang telah mati
@Pagi pagi pergi keramong
disitu terjual nasi dan roti
duit melangit harta melambong
tanpa budi tidak bererti
@Bendang Badam kampung Saga
sebelah sana kampung Bakti
dengan Jiran Kita berbahasa
dengan kawan berakhlak tinggi
@Dari Majlis kekampung Pawang
Kampung Tasap terkenal merata
Ayah dikasih Ibu disayang
Adik beradik berbaik pula
@Kampung Telimah cantik sekali
Bedang Jambu dekat Tasap
sama sekampung lagi dicuri
pada siapa hendak diharap
@Gak kapur nama diberi
kapur disini bermutu tinggi
Guru itu pelita hati
penyuluh jalan selamat abadi
@Bendang Setar dairah ternama
dairah Tantur subur tanamannya
Burung diukur pada suara
maknusia diukur pada Bahasa
@Dari Betong kakampung Bohim
membeli Pisang dirumah Pakman
senyum itu penghubung rahim
masam itu pemutus kawan
@Kampung Caru semua maklum
disitu terletak rumah abdullah
adat bermula dengan hukum
hukum bersandar kitab Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment