Tuesday, May 18, 2010

Renungan:Buah kelapa dan kepala kita



Buah Kelapa dan Kepala  Kita
Pokok kelapa kebiasaanya terdapat di tepian pantai. Buahnya akan dibawa oleh ombak dan arus laut ke merata dunia. Maka banyaklah rimbunan pepohon-pepohon kelapa tumbuh disana-sini.

 pokok kelapa ini akan menghasilkan beratus-ratus buah kelapa yang banyak kegunaanya. Daripada kulit, sabut, tempurung, isi dan ayer semuanya ada banyak manfaat untuk kegunaan manusia.

Mula-mula kulitnya disiat, nampaklah sabut kelapa. Sabut digunakan untuk buat tali dan sebagainya.

Setelah habis sabut disiat, maka terdedahlah tempurungnya. Tempurung ini amat keras, antara lainnya digunakan untuk bahan bakar, menceduk air atau sebagai kasut bertali seperti pada zaman dahulu sebelum ada selipar jepun.

Buang tempurung, dapatlah isi, dipecahkan isi dapatlah air. Air kelapa lazat diminum, tambah lazat dicampur ais. Ia boleh menyejukkan badan dan mengeluarkan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Isi boleh dimakan serta diparut menjadi santan. Boleh juga dijadikan kelapa kering dan kerisek untuk dibuat rendang. Santanya pula bila di masak cukup-cukup jadilah minyak. Bila minyak ni dia licin dan pelbagai kegunaanya.

Proses kematangan akal manusia ini boleh diibaratkan sebagi proses hasil buah kelapa tadi. Mula-mula peringkat serabut, lepas tu peringkat tempurung, kemudian peringkat isi kemudian peringkat minyak.

Mula-mula kita belajar berfikir sampai celaru dan akal menjadi serabut sebab akal kita tidak sampai keperingkat itu. Iaitu diluar jangkauan pemikiran kita. Selepas tu bila dah pandai sedikit mula kita keras kepala saolah-olah kita yang lebih tahu dan semuanya kita saja yang tahu atau betul.

Setelah sedar dari peringkat tempurung atau keras kepala ini maka baharulah keluar isi akal. Bermakna buah fikiran tersebut boleh diterima pakai kerana kewarasanya. Itupun akal belum begitu masak hingga kesuatu masa. Proses ini mungkin mengambil masa 40 tahun selepas manusia dilahirkan.

Kemudian fikiran akan masak dan sampai peringkat minyak iaitu licin fikiranya atau bijaksana. Dari itu jagalah akal ini sampai fikiran jadi peringkat minyak.

"Dengar dulu jangan percaya. Lihat dahulu jangan percaya. Fikir masak-masak baru percaya".
Iktibar yang kita perolehi dari kisah ini adalah :-

1 Akal adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai

2 Akal manusia memerlukan masa untuk matang

3 Akal manusia menyebabkan ia sebaik-baik kejadian

4 Jangan rosakan akal fikiran

5 Carilah ilmu cara berfikir, mengguna dan menjaga akal fikiran hingga waras

6 Silat kita berdasarkan akal fikiran yang waras...pikiran yang bersandar kepada Islam

No comments:

Post a Comment