Wednesday, February 20, 2013

Budak Muda lo ni,,Aduh,,masa depan gelap gelemat bagai langit tak berbintang,,


Dah ramai pelajar dan Wanita merokok...
Pembuangan bayi ditemui dimana mana...

Menggunakan masa belajar untuk berrempit..

Kita tak tau,,mungkin itu Anak Kita...

Dah tak malu..pada hal dikhalayak ramai..untuk apa bertudung..

Untuk apa Kita hidup.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dimana visi dan misimu

Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku..” (QS Adzdzariyat :56)
Pertanyaan penting yang kedua adalah untuk apa hidup. Mencari arti hidup adalah sangat penting. Siapapun yang tidak memiliki misi hidup, hidupnya akan terombang-ambing, tidak jelas, dan dipastikan tidak berarti. Hanya mereka yang memiliki misi hiduplah yang akan berarti dalam hidup, berarti buat dirinya , juga buat orang lain. Manusia tanpa misi bagaikan hewan , yang hanya hidup , karenya nyawanya ada. Hidup hewan tidak lebih berputar sekitar lahir, makan, cari makan, seksual, melahirkan anak, buang air ….
Manusia yang hidup tanpa misi bagaikan hewan. Inilah yang disindir oleh Allah SWT dalam Al Qur’an, mereka disebut bagaikan hewan , bahkan lebih dari hewan. Ciri mereka : tidak mau berpikir, meskipun sudah diberikan akal (qolbu). Tidak mau menggunakan mata untuk melihat kebenaran. Telinga seakan ditutup tidak mau mendengar kebenaran.
Persoalannya bagaimana cara manusia mencari misi hidupnya. Logikanya, yang paling tahu untuk apa kita hidup , tentu saja yang menciptakan kita, Allah swt. Allah-lah yang Maha Tahu, paling mengerti untuk apa kita hidup, untuk apa Dia menciptakan kita. Adalah sangat logis kalau kita mencari arti hidup dengan melihat firman Allah SWT di Al Qur’an. Dengan sangat jelas, Allah swt menyebutkan misi hidup utama kita adalah beribadah. Firman Allah swt : “” Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku..” (QS Adzdzariyat :56)”
Ibnu Abbas menafsirkan ayat di atas dengan: agar mereka (jin dan manusia) menetapi ibadah kepada-Ku. Ibn al-Jauzi menafsirkan ayat di atas dengan: agar mereka tunduk dan merendahkan diri kepada-Ku. (Zâd al-Masîr, 8/43). Maksud ayat di atas adalah agar mereka menjadi hamba Allah, melaksanakan hukum-Nya, dan patuh pada apa yang ditetapkan Allah kepada mereka (Ibn Hazm, Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwâ’ wa an-Nihal, 3/80). Inilah hakikat ibadah. Ibadah tidak lain adalah mengikuti dan patuh, diambil dari al-‘ubûdiyyah; seseorang hanya menyembah Zat Yang ia patuhi dan Yang dia ikuti perintah (ketentuan)-Nya (Ibn Hazm, al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm, 1/90).
Ringkasnya, makna ibadah adalah tunduk dan patuh kepada hukum-Nya. Inilah ibadah dalam pengertian yang luas, yakni taat kepada kepada seluruh aturan Allah swt. Taat kepada Allah artinya tunduk kepada seluruh aturannya. Mulai dari ibadah mahdoh seperti sholat, zakat, puasa, haji. Termasuk juga aspek mu’amalah seperti ekonomi, politik, keluarga, pendidikan.
Makna Ibadah diatas juga berarti merupakan penolakan terhadap seluruh aturan yang bukan berasal dari Allah SWT. Sebab, beribadah semata-mata kepada Allah SWT, artinya semata-mata diatur oleh hukum Allah SWT. Menjadikan hukum selain Allah sebagai hukum, berarti bermakna menyembah selain kepada Allah SWT.
Dengan demikian manusia yang punya misi hidup untuk beribadah, bukan hanya mengikuti Allah swt di masjid, di sajadah, di Baitul haram saat berhaji. Tapi juga saat di PEJABAT,dikebun,ditempat berniaga, di kursi parlemen, di meja pengadilan. Orang punya misi ibadah karenanya tidak hanya rajin ibadah tapi juga tidak korupsi tidak risywah, tidak membuat kebijakan yang mensengsarakan orang. Dia bukan hanya melempar syaitan pada saat jumroh di Tanah Haram, tapi juga memusuhi syaitan dimana saja.
Misi hidup inilah yang nanti akan dituntut pertanggungjawabannya oleh Allah swt. Layaknya seorang presiden yang diberikan mandat oleh parlemen, setelah tugas selesai, yang memberikan mandat akan bertanyak kepada sang Presiden, sejauh mana dia telah melaksanakan mandat itu. Nasib presiden pun ditentukan apakah dia bisa bertanggungjawab atau tidak. Dengan ‘ibadah’ ini nanti juga akan menentukan nasib kita di Yaumil Akhir, meraih surga atau dicampakkan Allah Swt di neraka jahannam yang keras.
Misi hidup untuk beribadah inilah yang akan menghantarkan dia pada ultimate goal seorang muslim yakni meraih ridho Allah swt. Kerinduan puncak seorang muslim, saat Kekasih Tercintanya memanggil dengan penuh ridho, sementara diapun ridho kepada Allah swt.: Firman Allah SWT :
يَاأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ(27)ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً(28)فَادْخُلِي فِي عِبَادِي(29)وَادْخُلِي جَنَّتِي
” Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam jam’ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku” ( QS Al Fajr : 27-30)
Tanbihul Ghofilin
Imam Bukhori Muslim meriwayatkan dari Anas ra. Dari Rosulullah Saw. bahwa beliau pernah bersabda : ” Jenazah itu akan diikuti oleh tiga perkara, yakni keluarga,harta, dan amalnya. Yang dua perkara itu akan pulang, sedang yang akan tetap menemaninya hanya satu perkara. Keluarga dan hartanya akan pulang, sedangkan yang akan tetap menemaninya hanyalah amalnya,”
 jam1.39 malam..tidur tak lelap...

Thursday, February 14, 2013

40 perkara,,,,,KAMU..bukan Suami yang baik...!!!!!!!!!




Dari keluhan Isteri
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain

Monday, February 11, 2013

PUISI UNTUK MAYA

Rindu semalam
                    Bahasa Bisamu

Hari ini entah mengapa
Mentari terlalu hambar tawar
Beburung pun tidsak melintasi jendela kaca
Awan gemawan bagai menangis
saat ku buka mukamu
tersembur kata nista
bagai wap neraka
menerobos dan membakar hati dan memori
tak ku sangka
petir dari mulut manismu
yang selama ini ku anggap dewa
kerana Bahasamu Bahasaku
Kita berganding mesra
menulis kanbas jangka
dan sering Kita menyanyi bersama
dengan tari dan irama serupa
sukarnya untuk ku sapu luka
lalu Kau tikam lagi dengan belati
Aku rebah parah
di jemuran bisa
Aku tidak berani lagi
menarik tirai semalam
melihat pelangi siang
sungguh..
Aku tidak berharap  lagi pagi datang
kerana masa telah petang
namun bunga itu
masih lagi bertiup lalang
mengeluarkan aruma semalam
mengimbau atar silam

Hargailah hidup Kita



1. Hidup mungkin tidak adil, namun tetap masih baik untuk anda jalani.
2. Ketika anda diliputi keraguan, tetap maju dengan mengambil langkah kecil.
3. Hidup terlalu singkat jika anda habiskan dengan membenci orang lain.
4. Pekerjaan tidak akan mengurus anda ketika anda sakit. Teman-teman, pasangan dan orang tua yang akan mendampingi anda.
5. Bayarlah perkara yang mesti  anda bayar setiap bulan.
6. Anda tidak perlu merasa menang untuk setiap argumentasi.
7. Menangislah bersama seseorang.  dibanding anda menangis sendirian.
8. Jangan menyalahkan Allah..Kerana Allah memang  mengerti anda.
9. Menabunglah untuk wa anda kektu sakitlak, dimulai sejak anda menerima penghasilan pertama.
10. Iri adalah hal yang memboroskan waktu. Anda sebetulnya sudah memiliki apa yang anda perlukan.
11. Berdamailah dengan masa lalu anda, sehingga ia tidak melukai masa sekarang.
12. Tidak apa-apa jika anak-anak melihat anda menangis.
13. Jangan membandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda  tidak mengetahui perjalanan hidup yang telah dilalui orang tersebut.
14. Jika sebuah hubungan harus menjadi rahasia, anda seharusnya jangan berada di dalamnya.
15. Segala hal dapat berubah dalam sekejap  mata. Tetapi jangan khawatir, Tuhan tidak pernah mengejepkan mata.
16. Tariklah nafas dalam-dalam. Itu akan menenangkan pikiran anda.
17. Buanglah hal-hal yang tidak berguna, tanamlah hal yang indah atau menyenangkan.
18. Apapun yang tidak merusakan  anda, akan membuat anda semakin kuat.
19. Ketika anda ditanya apa yang anda cintai dalam hidup, jangan memilih ‘tidak ada’ sebagai jawabannya.
20. Tidak pernah ada kata kecewa untuk memiliki kebahagiaan seperti anak kecil.
21. Nyalakan lilin dan kenakan pakaian yang bagus. Jangan menyimpannya untuk acara-acara khusus. Hari ini adalah hari yang spesial.
22. Selalu ‘sedia payung sebelum hujan’.
23. Organ seks tubuh yang paling penting adalah otak.
24. Tidak ada orang yang bertanggung jawab terhadap kebahagiaan anda, kecuali anda sendiri.
25. Selalu bingkaikan apa yang anda sebut bencana dengan kata-kata ini: “Dalam 5 tahun, apakah akan terjadi lagi?”
26. Ambil selalu pilihan untuk hidup.
27. Maafkan segala kesalahan orang lain.
28. Jadilah unik sekarang. Jangan menunggu usia tua untuk mengenakan warna ungu.
29. Jangan pusingkan apa yang orang lain pikirkan tentang anda.
30. Waktu menyembuhkan hampir semua hal. Berilah ‘waktu’ pada waktu.
31. Apapun situasinya, baik atau buruk, akan selalu berubah.
32. Jangan biarkan diri anda terlalu serius.
33. Percayalah pada pertolongan Allah.
34. Apapun perasaan anda, bangkitlah, berpakaianlah dan tampillah.
35. Anak-anak anda hanya mempunyai sekali masa kecil.
36. Semua yang benar-benar penting pada akhirnya adalah hal-hal yang anda cintai.
37. Pergilah keluar setiap hari. Keajaiban sedang menunggu di luar sana.
38. Jika kita semua melemparkan masalah kita ke dalam tumpukan dan melihat orang lain melakukan hal yang sama, maka kita akan mendapatkan masalah kita kembali.
39. Hal terbaik masih menunggu untuk datang.
40. Tuhan selalu mengasihi anda, tidak peduli anda itu siapa.
1-Rabiulakhir1434
hari paling stress