Thursday, June 27, 2013
SELAMAT DATANG.....AHLAN WASAHLANNNNNNNNN.....RAMADHANNNNNNN.........
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t..dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
'Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.
Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
222222222222222
Bulan Ramadhan telah tiba
Ampun dan maaf pada semua
Atas segala salah silap dan kata-kata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya
3333
Percayalah pada tuhan .. berdoalah sebelum melakukan kerja... berdoalah... berdoalah...berdoalah..berdoalah...berdoalah...berdoalah...berdoalah...berdoalah ... orang kata berdoa .... Marhaban ya Ramadhan. Solat terawih jangan lupa ye..
Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang
ikhlas atas kesalahan selama ini
Baik yang besar ataupun kecil.
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.
Bulan RamadhaN MenjeLang Kini,
Sudahlah tiba Masa DinanTi,
SyaitaN dan Iblis Telah Digari,
Renung kembali segala amalan dibulan ramadhan yang lalu, adakah sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat. Jom perbaiki amalan di bulan ramadhan ini. Marhaban yang Ramadhan. J
berseruan dari langit-langit rumah Tuhan
Tuntun jari-jari dosaku ke arah-Mu
Kutundukkan congkak kepalaku
Tak layak ku disisi-Mu
Gelimang noda dan dosa balut tubuhku dari semua rasa yang telah mati
Marhaban ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin
Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.
Allah melihat orang-orang yang berpuasa. Semoga dapatlah kita melaksanakan ibadah sebaiknya. Selamat menyambut bulan puasa.
Sungguh cantik kain pelikat, dipakai orang pulang ke pekan.
Ramadhan yang suci sudahlah dekat, silap & salah mohon dimaafkan.
senandung gema suara Azan...
berkumandang sunyi menghentak...
teruntai salam bermaafan...
menyambut Ramadahan Mubarak...
Marhaban Yaa Ramadhan...
Mencuci tangan di pinggir telaga,
Pohon serumpun indah di tepiannya,
Bulan suci Ramadhan hampirlah tiba,
Mohon ampun maaf di pinta.
DOA MALAIKAT JIBRIL MENJELANG RAMADHAN :
"Ya Allah, ummat Muhammad apabila sebelum memasuki Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut :
1)tidak memohon ampun kpd kedua ibu bapanya
2)tidak bermaafan antara suami & isteri
3)tidak nermaafan dgn org disekitarnya..
"maka rasulullah pun mengatakan amin sebnyk 3kali....menjelangnya Ramadhan yg penuh khusyuk, diberkati & dirahmati ALLAh S.W.T
Menuju Ramadhan yang suci untuk ditempuhi. Semoga Allah sampaikan hajat kita menemui lailatul Qadar yang dicari. Selamat menyambut bulan ramadhan.
Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Lahir dan Bathin
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF LAHIR&BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Ya Allah Ya Rab,
atas kuasaMu Engkau pertemukan kami menjadi saudara dan sahabat dalam suka dan duka, dalam sedih dan gembira.
Dan aku memohon kepadaMU,
lindungi saudaraku dan Rahmati dirinya,
berikanlah kesehatan,
mudahkanlah Rizkinya dan kebahagiaan dunia akhirat untuknya,
serta hapuskanlah dosa2nya, dan bukakanlah pintu maafMU pada saudaraku ini.
“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA”
Mohon maaf lahir dan batin
Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah ADZAN
Media yang terbaik adalah AL QURAN
Senaman yang sihat adalah SHALAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA & TAUBAT
Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman.,
marhaban ya ramadhan.,
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin…
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah
“kunci kepada kebenaran,
keikhlasan,
kemuncak dan kesejagatan syukur“.
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. (sumber > ar-rifke.com)
Ku siapkan makanan istimewa untukmu : sepinggan cinta, semangku sayang, sepotong kasih, sesudu rindu, segelas senym, seiris hati dan buah perhatian untukmu. Kalau ingin muntah, silakan ye.
Ramadhan is a month of Allah.
Whose beginning is MERCY.
Whose middle is FORGIVENESS.
Whose end is FREEDOM FROM FIRE. :)
Wishing u 1 month of ramadan,
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification,
2592000 secs of Nur..!!
Selamat Ramadan 1432H
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.
Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
tiada amal tanpa keikhlasan,
tiada ampunan tanpa maaf,
marhaban ya ramadhan.. J
Dua tiga budak tadika,
Jangan lupa perbanyak pahala.
Selamat menyambut bulan ramadhan.
Perkataan yg indah adlh “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “ADZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SHALAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adalah ingat akan “DOSA&TAUBAT”
Mudah2an bulan yang suci ini akan membawa iman dan takwa, Amin..
Gersang bumi tanpa hujan..
gersang akal tanpa ilmu, gersang hati tanpa iman..
gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan.
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan batin.
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan berakhir,
saya mohon maaf lahir dan bathin….
Gelap malamNya ku terjaga,
menyambut gembira pemberianNya (“Marhaban YA Ramadhan”),
dengan harapan dapatlah aku akan keredhaan-Nya.
Slamat menunaikan Ibadah Puasa.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna.
Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Hapuskan dendam, bersihkan hati, luruskan niat. Marhaban ya Ramadhan.
Bila teman membuatku gelak, hati ceria tambah bahagia.
Tibalah sudah Ramadhan al-mubarak. Semoga ibadah kan diredhai-Nya.
R ~ Ramadhan yang dirindu rindukan
A ~ Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M ~ Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A ~ Allahu Robbi ya Rahman ya Rohim
D ~ Datangkan kepada kami hari yang dirindu rindukan
H ~ Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
A ~ Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan
N ~ Naungilah zahir bathin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-Mu.
Friday, June 21, 2013
Mengingati kematian...menyambut Ramadhan...
Mati akan datang bila bila masa saja...
pagi petang siang malam.dinihari.sewaktu cahaya mentari terik..atau waktu beburung pulang kesarang..mungkin sewaktu lebah sedang menyedup lazatnya bunga..
Aduhai...Kita memang alpa..leka...asyik diulik mimpi Maya...
Tersebut didalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunya dan Ramadhan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah swt.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah swt maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
a. Hartanya untuk warisnya.
b-Isteri dipinang orang lain
c. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
d. Dagingnya untuk ulat-ulat.
e. Amalanya dan kebajikanya untuk orang yang dianayainya.
f-AMALAN YANG BAIK DAN IKHLAS UNTUK DIRINYA
Apabila bercerailah nyawa dari badan terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpun engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, dimanakah badan engkau yang dulu kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, dimanakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. Hai anak Adam, dimana kekasih engkau mengapa jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa keatas kain kafan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam,engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Annu berkata,bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam. kamu berjalan diatasku, kamu akan kembali kedalam perut ku (kubur)
b. Hai anak Adam. kamu berbuat maksiat dan dosa diatas ku, dan kamu akan disiksa didalam perutku (kubur)
c. Kamu bergurau diatas ku. dan kamu akan menangis di dalam perutku (kubur).
p/s: sesungguhnya sesebuah kematian itu adalah satu perkara yang pasti akan berlaku/terjadi kepada sesuatu yang hidup.bersiap sedialah dan perbanyakkan lah ibadat dan taubat
Monday, June 17, 2013
Puisi:pernahkah Kiita
Andai
sesekali Kita sebagai Suami
melakukan
kerja kerja Isteri
memasak
nasi ,gulai dan kari
membasuh
baju Anak anak
timbunan
pinggan dan sudu
Andai
sesekali Kita yang lelaki
menyapu
lantai dan mengemas rumah
atau
menyaipkan bilik tidur
tentu
terasa penat sampai ketulang
nyawapun
bagai melayang
terbang
menyapu Awan
pernahkah
Kita merasakan kepenatan Isteri
sejak
pagi mengemas rumah
sebelum
pergi kesekolah atau menoreh getah
memandi
Anak anak dan mengasuhnya penuh rela
berlari
kedapur memasak untuk Suami yang akan bekeja
dan
terus menggosok baju
tanpa
sepatah pun berleter dan sebaris remas
pulang
dari kerja
Isteri
bagai kuda setia
bergegas
kedapur
mengoyak
kelapa tua dan memarutny
dengan
resepi penuh senyuman
menggulai
ikan untuk Suami dan Anak anak
tangan
kanan mengupas bawang
tangan
kiri menumbuk sambal
penatnya
tak terkira
tapi
Isteri masih tersenyum manja
bahagia
melihat Suami meratah ikan penuh nikmat
biarlah
yang tinggal cuma kuah dan tulang temulang
sebagai
Suami
pernahkah
Kita berterimakasih
pada
perkasa pengurbanan
pada
raksaksa budi Isteri tercinta
sesekali...
sebagai
Suami
masuklah
kedapur
menolong
Isteri
meringan
beban dan kepenatan berhari
atau..
sesekali..
Kita
memasak sendiri
menjaga
Anak yang nakal
setarika
baju dan seluar
mengisi
ayer dalam botol
atau
sesekali mengoyak kelapa tua
meramas
santan dan bawang
kita
pasti kepenatan
terasa
lengoh lengoh
terasa
lemah lemah
bagaimana
Isteri Kita
yang
bertahun memikul penat tak bersuara
sesekali..
masukalah
dalam diri hati budi isteri
robek
dada dan jiwa
pasti
kita temui
kesetian
sejati
kepatuhan
yang tak berbelah bagi
I
Monday, June 3, 2013
Islam dan Umat Islam di Cina
“Hai, manusia. Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal….” (al-Hujurat, 13)
2. Dalam hubungannya dengan masyarakat Islam di China, usaha mengenal mereka sebagai saudara seagama malahan menjadi keutamaan, sebagaimana kita perlu mengenal dan bekerjasama dengan umat Islam yang lain. Citra bangsa dan negara China yang pada umumnya dikaitkan dengan ideologi komunisme semata-mata sebenarnya tidaklah begitu tepat, kerana di Republik Rakyat China terdapat 23 juta orang penganut agama Islam (malah dipercayai lebih daripada itu), hampir-hampir menyamai jumlah penduduk negara Malaysia.
Sejarah Kedatangan Islam ke China
3. Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Alam Melayu pada abad itu masih dibawah pengaruh Hindu-Buddha, sebagaimana menurut catatan I Cing, pendeta Buddha China yang datang ke ibu kota Sriwijaya di Palembang dan bermukim selama enam bulan di situ pada abad tersebut.
4. Kedatangan Islam ke China melalui dua Jalan Sutera, iaitu Jalan Sutera Laut dan Jalan Sutera Darat. Jalan Sutera Laut dari Semenanjung Arab ke Guanzhou dan Guangzhou di tenggara China, sementara Jalan Sutera Darat pula dari Semenanjung Arab melalui Asia Tengah dan Xinjiang hingga ke Xi’an, ibu kota provinsi Shanxi.
5. Seorang daripada empat orang sahabat yang dihantar ke China melalui Jalan Sutera Laut ialah Saad Abi Waqas (tiba di Guangzhou dari Teluk Parsi pada tahun 627 Masihi. Selaras dengan Sunnah Nabi, beliau terus mendirikan masjid yang dikenal oleh orang China sebagai Masjid Huaisheng, iaitu masjid tertua di China. Makam Saad Abi Waqas dipercayai terdapat di Guangzhou, walaupun ada riwayat lain yang mengatakan beliau dimakamkan di bumi Arab.
6. Melalui Jalan Sutera Darat, Islam sampai di Xi’an dan sebuah masjid tua (Masjid Agung Xi’an) telah dibina pada tahun 742 M. dalam zaman pemerintahan Dinasti Tang. Kota Xi’an, ibu negeri Shanxi menjadi pangkalan Jalan Sutera Darat.
7. Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10 kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui. Selain orang Hui, orang Islam di China terdiri daripada kaum Uygur, Kazak, Kirgiz, Uzbek, Tatar, Tajik, Dongxiang, Sala dan Bao’an.
8. Dalam zaman Dinasti Ming (sekitar abad ke-15 M.), misi diplomatik dan perdagangan berlangsung dengan pesat. Hubungan China dengan negara-negara Islam di alam Melayu, India dan Arab amat akrab. Laksamana Zheng He (Cheng Ho) merupakan duta China beragama Islam yang mengetuai misi pelayaran rasmi kerajaan China ke bahagain lain dunia Islam. Di istana maharaja Dinasti Ming, ditubuhkan jabatan bahasa asing, dan bahasa Melayu diletakkan di bawah Jabatan Bahasa Islam, bersama-sama dengan bahasa Arab dan bahasa Turki.
9. Hubungan antara Dinasti Ming dengan Kesultanan Melaka sebagai kerajaan Islam amat akrab pada abad ke-15. Beberapa kunjungan antara kedua-dua pihak telah berlangsung. Tercatat juga dalam sumber China klasik bahawa Raja Brunei yang melawat ke China mangkat di kota Nanjing dan dimakamkan di situ.
Taburan Penduduk Islam di China
10. Angka rasmi Persatuan Islam China menunjukkan terdapatnya 23 juta orang Islam di China, tetapi dipercayai jumlahnya lebih besar daripada itu. Terdapat dua pola taburan penduduk Islam di China. Yang pertama ialah petempatan secara berpusat, iaitu adanya provinsi atau kota tertentu yang menjadi tumpuan mereka. Yang kedua ialah petempatan bercampur dengan orang Han, iaitu bangsa majoriti di negara tersebut.
11. Wilayah Autonomi Kaum Hui Ningxia (di barat laut China) ialah tempat bermastautinnya kaum Hui yang terbesar jumlahnya. Jumlahnya kira-kira 2 juta dan mewakili satu perlima orang Hui di seluruh China. Provinsi Ningxia dikenal sebagai Provinsi Muslim China.
12. Provinsi Xinjiang di barat laut China menjadi petempatan orang Islam yang terbesar di negara China. Di provinsi itulah terdapatnya umat Islam yang terdiri daripada kaum Uygur yang bentuk fizikal dan raut wajahnya lebih menyerupai orang Arab, Iran, Turki atau Aghanistan. Daripada 23 juta umat Islam, 10 juta terdapat di provinsi autonomi ini. Daripada kira-kira 40 ribu buah masjid di seluruh China, 23 ribu buah terdapat di provinsi itu.
13. Di provinsi Qinghai (di barat laut China), terdapat 100 ribu orang Islam yang terdiri daripada kaum Sala. Mereka berasal dari Republik Turkmenistan, kira-kira 700 tahun silam. Kedatangan mereka ke Qinghai dikaitkan dengan kisah unta putih yang membawa al-Qur’an sebagai pembimbing kaum itu menuju ke provinsi Qinghai. Kisah itu merupakan metafora penting tentang peranan al-Qur’an sebagai kitab pembimbing umat Islam.
14. Di provinsi Gansu terdapat penduduk Islam daripada kaum Dongxiang. Mereka berasal dari Asia Tengah dan dibawa oleh maharaja Dinasti Yuan (daripada kaum Monggol) yang menaklukkan beberapa banyak wilayah di Asia Tengah dan Asia Barat.
15. Orang Islam terdapat juga di Lanjhou dan di Yunnan. Di provinsi Yunnan, orang Islam banyak terdapat di kota Kunming (ibu kota Yunnan), di kota Shidian, di kota Shadian dan di Na Gu (Baldatun Na Gu). Penduduk Islam di Yunnan merupakan satu perlapan penduduk seluruhnya di provinsi itu.
16. Di pulau Hainan, umat Islam terdapat di daerah Sanya, di bahagian selatan pulau itu. Mereka terdiri daripada kaum Cam (Campa) dari Vietnam 700 tahun dahulu. Terdapat 10 ribu orang Islam di dua buah kampung di daerah Sanya, 6 buah masjid, beberapa buah sekolah serta beberapa buah hotel dan perniagaan milik orang Islam. Daripada pemerhatian saya, suasana di Sanya banyak menyamai suasana di Thailand selatan seperti Patani, Yala dan yang lain.
17. Di kota Beijing, iaitu ibu kota Republik Rakyat China, terdapat 250 ribu orang Islam, terutama di bandar Niu Jie (Jalan Lembu), yang lengkap dengan masjid (dibina pada tahun 996 M.), pasar raya Islam, rumah kebajikan, institut pengajian Islam peringkat ijazah, sekolah, kedai makan, dewan penyempurnaan jenazah dan prasarana yang lain.
18. Persatuan Islam China diiktiraf oleh pemerintah sebagai perancang dan penggerak segala aspek kehidupan penduduk Islam di negara tersebut. Terdapat cawangan persatuan di provinsi-provinsi yang menampung penduduk Islam yang besar jumlahnya seperti di Urumqi (Xinjiang), di Kunming (Yunnan), di Ningxia dan di Lanjhou.
19. Antara kegiatan persatuan yang utama termasuklah:
• Penulisan, penerjemahan dan penerbitan terjemahan dan tafsir al-Qur’an, hadith, khutbah dan buku bimbingan agama.
• Penubuhan institut pengajian Islam (yang terbesar ialah Institut Islam China di Beijing; yang lain terdapat di Lanzhou, Yinchuan, Shengzhou, Xining, Urumqi, Kunming dan cawangan di Beijing). Lepasan institut Islam itu sebahagiannya menjadi imam (terdapat 50 ribu imam/ Ahong, usahawan dan sarjana lanjutan di Madinah, Makkah, Mesir, Pakistan dan Malaysia).
• Menyelaraskan ibadah haji umat Islam di China.
• Bekerjasama dengan pelbagai badan Islam di peringkat antarabangsa
Subscribe to:
Posts (Atom)