Wednesday, April 17, 2013

Puisi:Aku kenal namamu


Engkau diciptakan tuhan
menjadi penghias dunia
cantiknya panorama
rona memijau kala disepuh mentari
liuk lintutmu menawan hati
kehijauanmu adalah atma renjisan sakti
aku terpesona pada indah warna dan gemulai manja
tapi ada insan yang cuba menyalahgunakan
daunmu yang rimbun dan segar
dilurut gundul dicantas tak bernasab
sampai batangmu pun dirobek gilas
akar tunjang pun dikebas kupas

lalu daunmu direbus dalam kuali 
atau periuk besar
tepi dangau dalam belukar atau dalam rumah tak berpenghuni
airnya diminum dari segelas kesegelas
dari botol kebotol..

lalu mereka riuh gemuruh
berbicara tentang syurga
berbicara masa depan yang cemerlang
berbicar tentang gadis cantik bagai sang ratu
berbicara tentang dunia yang bakal mereka miliki
lalu mereka ketawa
dan ketawa lagi
bagai tarikh kiamat sudah berhenti

Aku tahu Kamu sedih
Aku tahu Kamu risau
tapi apakan daya
kau tiada daya menahannya
kau tiada kuasa melarangnya.
kerana pemimpin pemimpin pun tidak berani menegurnya..

Aku kenak Kamu
daun hijau yang malang
Aku tahu namamu
daun hijau yang dicantas
Aku maklum namamu
daun hijau yang direbus
kamu adalah,,,, KETUM

Thursday, April 4, 2013

Alhamdulillah.....ramai Wanita bertudung


.




Tudung bagi Wanita bukan fesyen..bukan kerana mengikut era zaman..dan bukan pula kerana kecantikan..tapi adalah Syariat.


Apabila wanita muslim menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.
Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masihtidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknyamenambahkan fitnahke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahajamenutup auratnya, malah sekaligusmenutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri inihina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkansyariatdengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atautidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagiberkepitdan keluar denganteman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelakiyang bukan muhramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat,elak-elaklahdiri dari sukabertengkar. Hiasi diri dengansifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kitatingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut.
Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui“Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Saturday, March 23, 2013

Puisi:Dengan sebekas cinta


Kita hadir kesini
membawa arca cinta
pada bahasa pada bangsa tercinta
berbanggalah...
kalau cinta itu melebihi besarnya gunung
melintasi semudra rasa
melewati jalur masa
tak lentur dek hantam
tak hancur dek ribut kencang
tak lapuk dek zaman

kalian adalah pahlawan
berdiri gagah ditugu usang
agar Bahasa bertugu megah sakti berpaksi
jangan biarkan tangan hantu
meroboh lagu syahdu lagu warisan

kalian adalah guru bahasa..
berucaplah dalam bahasa terindah
berantau pulaukan sistem bahasa 
menebar sistem pembentukan dan morfologi
halus bahasa celak peribahasa
dilembutkan dengan sastra indah manja mempesona
mendalami...menggali
cangkul dan uli
menyingkapi budaya bahasa sampai keakar umbi

inilah tugasmu guru Bahasa
mengebang minda memupuk jati peribadi

jangan ...jangan bertapak ditapak lama
melangkahlah dengan jangkauan bijak
andai mau menjadi burung
jangan pula menjadi ayam berpanjangan

Wangi bahasa
Kita hidu harumnya
semerbak dengan nafas dalam
berona diteratak hati
Kita konyah aksaranya
kelubuk makna
memijar bahtera jiwa

Aruma bahasa
Kita selami indahnya
meluas seintiro dunia
segar pesona baik kata

Haruman Bahasa 
Kita pukul gendang dan tabuh
biar alun bergema
merata rata
kelaut..kelangit..keangkasa..kehutan belantara
menjulang maratabat
menyuluh dada gelap
melayari bahtera kehurmat

Seminar pembelajaran Bahasa yang memikat
23-3-2013 PB

Monday, March 18, 2013

Renungan Hari ini



Peringatan Untuk Diri

"sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"Hadith riwayat Ibnu Majah

Pesanan Ibrahim Adham

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4.Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6.Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Thursday, March 14, 2013

Kata motivasi untuk diri



Datang Bersama Adalah Permulaan, Sentiasa Bersama Adalah Perjalanan, Kerjasama Adalah Kejayaan" - Henry Ford



Yang bijak memahami dengan sendirinya, tapi yang bodoh hanya mengikut laporan orang lain" - petikan peribahasa Tibet

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" - anonymous

"Persahabatan adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes


Saturday, March 9, 2013

Puisi untuk diri:Apabila masalah datang



Hidup yang sering dibelit duri
akar dan onak menyocak pinggang
hampir rebah dijalanan
namun tangan masih berpegang
pada Ayat Alam Nasyrah
dalam kepedihan ada ubat lukanya
dalam keperihan ada liuk manjanya
pada duri runcing ada lalangnya
pada onak tajam ada batu pengasahnya
pada sirih ada agangnya
dalam kepayahan..
pasti ada mudahnya

Lalu ku ulang lagi
seribu kali sejuta kali
pasti.......
dalam kesukaran itu ada jalanya
berjalanlah pada selusurnya
tanpa mengindahkan panggilan hantu
tanpa peduli nyanyian Syaitan
tanpa menyerah pada rona pesona
ingatlah bahawa
masalah itu adalah kematangan
problem itu adalah kedewasaan

Aku pun bangun
membawa seulas senyum
sambil merungkai bingkai bingkai
melepas ikatan tali
dan Aku lihat
Bebunga bertaburan
Beburung berkicauan
Embun berguguran
didepan rumahku

10-3-1213
Petang yang kelabu

Saturday, March 2, 2013

MANFAAT AIR KELAPA


StandarBanyak jenis air dari buah yang bisa kita konsumsi namun tidak semua mengandung obat. Air kelapa misalnya, selain efek kesegaran mengusir dahaga juga mengandung elektrolit alami yang sangat baik untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Apalagi pada saat sekarang dengan cuaca yang sangat panas sehingga orang-orang mengonsumsi air kelapa muda untuk memulihkan cairan dalam tubuhnya.
Manfaat air kelapa sungguh sangat tidak kita duga. Air kelapa yang biasa kita  buang jika kita hanya bermaksud mengambil buahnya saja tenyata memiliki manfaat yang luar biasa. Berikut 8 manfaat air kelapa sebagai berikut:
  1. Air kelapa banyak dikonsumsi sebagai minuman elektrolit mengandung natrium, kalium, kalsium dan magnesium.
  2. Air kelapa bergizi dan sehat bagi tubuh karena rendah lemak dan kalori, sehingga mencegah dari kelebihan berat badan.
  3. Segelas air kelapa dalam proses pencernaan memberikan bantuan dari peradangan dan keasaman. Hal ini dikarenakan air kelapa memiliki asam laurat yang menyembuhkan gangguan pencernaan saluran.
  4. Air kelapa tidak hanya menyegarkan, tapi juga memberikan efek pendinginan untuk tubuh Anda dan saluran pencernaan. Sistem kerja pada lambung dapat menyebabkan peradangan dan ini dapat disembuhkan dengan air kelapa. Ini juga mengontrol suhu tubuh.
  5. Air kelapa juga dikenal sebagai minuman isotonik karena merehidrasi tubuh. Jadi, teguklah dua hingga tiga gelas air kelapa saat tubuh Anda dehidrasi.
  6. Salah satu manfaat kesehatan terbaik dari air kelapa itu rendah gula yang membuatnya menjadi minuman bergizi bagi pasien jantung dan diabetes. Hal ini juga membantu dalam penurunan berat badan.
  7. Ini adalah minuman energi dengan enzim bioaktif yang meningkatkan metabolisme Anda dan meredakan rasa lelah. Manfaat air kelapa pada sistem pencernaan seperti membersihkan racun dari tubuh.
  8. Air kelapa adalah obat alami untuk menyembuhkan infeksi urin. Hal ini tentu berlaku  pada kesehatan ginjal dan batu uretra.
Selain itu ada juga yang memanfaatkan air kelapa muda untuk ibu yang sedang hamil katanya bila rajin minum air kelapa muda terutama di trimester ketiga kehamilan maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya, dan bening matanya. Air kelapa bagus juga buat penderita rematik dan stroke.
Air kelapa bisa juga untuk mengatasi obat luka bakar. Caranya air kelapa muda dicampur dengan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama. Air kelapa tidak hanya bermanfaat jika diminum tetapi juga penting bagi kesehatan kulit, seperti kulit yang kering. Manfaat air kelapa selain diminum adalah dapat untuk mengobati luka, telapak kaki pecah-pecah, bahkan eksim. Caranya yakni dengan membuat obat oles yang terbuat dari beras dan air kelapa. Untuk membuatnya sangat mudah sediakan kira-kira segenggam beras, lalu rendamlah beras tersebut dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa asam karena peragian, lalu beras ditumbuk hingga halus.
Cara pakainya yaitu dengan cara mengoleskan tepung beras tersebut pada bagian yang sakit secara rutin setiap hari selama 3-4 hari. Untuk mengobati luka bakar caranya air kelapa muda dicampur dengan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama gunakan ramuan tersebut pada yang sakit. Obat alami ini bisa menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan, sedangkan untuk kulit muka air kelapa bisa untuk mengatasi jerawat caranya yaitu dengan mencuci muka setiap hari secara kontinu dengan air kelapa. Selain bisa untuk menyembuhkan jerawat bisa juga untuk mengatasi noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit kering, dan wajah bisa tampak menjadi berseri.
Wah, tak disangka buah yang sering banyak kita jumpai ini ternyata memberikan manfaat yang luar biasa bagi kesehatan kita, bahkan bisa menyembuhkan rasa sakit maag kita.