Monday, February 27, 2012

Makanlah...yang baik dan halal

Ada 3 hal yang perlu diambil kira andainya Kita memilih makanan untuk kebaikan dan kesihatan..ringkas dan padat
1-Jumlah

2-Jenis



3-Jadual




  Saya kira tak payah dihurai..anda pasti lebih maklum

Kalau nak meminang,,,berpantunlah....

Salah satu kehebatan orang zaman dulu...kalau nak meminang ha...berpantunlah ...menggunakan bahasa manis dan menarik..nak anak orang kan..bahasa mesti ok...kalau kasar atau samsing belum menikah dah bertakir.,,haaaaaaaaaaaa,,,,tengok bagaimana dia orang meminang Anak orang..

Pohonnya rendah dahannya rendah,
  Bertebar ke bumi buah bidara
Minum sudah sirih pun sudah,
  Bolehlah kami buka bicara.

Sudah lama kami ke tasik
   Tali perahu terap belaka;
Sudah lama kami merisik,
   Baru kini bertemu muka

Rebus laksa lalu disejat,
  Jangan terkurang letak kuahnya;
Kami datang membawa hajat,
  Hajat orang kami penyampainya.

Sudah lama langsatnya condong,
   Dahannya rebah ke ampaian;
Sudah lama niat dikandung,
  Baru sekarang disampaikan.

Tinggi-tinggi si matahari,
   Anak kerbau mati tertambat;
Sekian lama kami mencari,
  Baru sekarang kami mendapat.

Raja Hindu raja di Sailan,
   Singgah berenang di persiraman;
Bagai pungguk rindukan bulan,
  Kumbang merindu bunga di taman.

Cederawasih burung yang sakti,
   Singgah hinggap di atas karang;
Kasih berputik di dalam hati,
  Dari dahulu sampai sekarang.


Singgah berenang di persiraman,
    Mayang terendam di dalam tasik;
Kumbang merindu bunga di taman,
   Bintang merindu cenderawasih.

Jentayu burung di awan,
   Batu gemala penghias mahkota;
Tepak sirih di atas puan,
    Itulah mula pembuka kata.

Assalamualaikum kami ucapkan
   Pada hadhirin yang dimuliakan
Rombongan tuan-puan kami alu-alukan
  Hajat tuan-puan sila bentangkan


Sudah lama ku renung-renung
   Pandangan bendang amat cantik
Hajat di hati tinggi menggunung
   Bunga di taman kami nak suntik

 
Rumah kecil paranya lima
   Tempat menyalai ikan kerici

Alahai Encik saya bertanya

   Berapakah harga intan di sini?

 

Jala 27-2-2012






Sunday, February 26, 2012

Berhati hati letak gambar dalam Facebook

Hari ni ramai sangat yang menggunakan Facebook atau muka buku untuk pelbagai tujuan..dan tentunya bagai pisau dua mata yang sangat berguna sekaligus amat merbahaya kalau penggunaannya tidak kena pada tempat..dan nampaknya Facebook ni dah jadi manisan dalam kehidupan jenerasi kini..yang tidak berfacebook dianggap kolot jumud dan tidak aktif..apapun telahan dan andaian namun ia terletak pada pengguna..kalau untuk berkenalan tanpa syarat apalagi rukun tentunya amat merbahaya..terutama anak anak muda yang fokus utamanya adalah untuk menjadi saudagar  dalam berteman..ada juga yang diimport dari luar negeri..dan bukan sedikit yang menjalin cinta awangan atau awan awan..cinta melalui karan udara...dan 99 peratus cuma main mani...tidak hairan kalau lagu Cinta muka buku nyanyian Najwa latif menjadi kegemaran muda mudi hari ini..

Mari Kita ikuti Cerita ini..
Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Dalam facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.
Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang tahu password Facebook miliknya.
Kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.
Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di Facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, buang gambar yang tidak sepatutnya.

Monday, February 20, 2012

Kisah untuk dijadikan iktibar

Kisah Bau KASTURI dan ZINA


Ada sati kisah yang menarik untuk dikongsi disini. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar dalam kehidupan kita seharian. Jom baca ;
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
  Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
   Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Monday, February 13, 2012

Hidup dan Cinta


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...





Saturday, February 11, 2012

Puisi :memantau kehidupan


termenung dipesisir pantai
keseorangan kesepian
seorang nelayan bersama perahu kecil
terlambung terumbang dipukul gelombang
itulan sejalur tamsilan tentang kehidupan
terbelit dugaan
terlantun cubaan
diri dibalut duri
menyocok kanan kiri
namun kerana kaki teguh
dan serampai hati yang utuh
bersuluh cahaya
berteduh pelita
deru derita cuba uji
bisa dilalui
antara batu dan duri
antara kerikil dan kaca
sebuah kehidupan
bekalnya Iman
petaruhannya keyakinan
paksinya amalan
visinya berharap
misinya ilmu dan  sabar

Jala 12 feb12
Maya

Saturday, February 4, 2012

Memahami bidaah


Persoalan yang sering timbul dalam masyarakat kita dewasa ini adalah adanya segelintir masyarakat yang tidak memahami dengan sebenar-benarnya persoalan bidaah.
Lalu mereka menganggap segala apa jua perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semuanya bidaah.
Akhirnya wujud dalam kalangan masyarakat yang menyatakan bahawa amalan-amalan seumpama talkin mayat setelah dikebumikan, membaca tahlil, membaca Yasin pada malam Jumaat, berwirid secara berjemaah selepas solat fardu, membaca lafaz usalli atau melafazkan niat sebelum takbir, sambutan maulid nabi dan sebagainya adalah amalan bidaah yang tidak diterima di sisi Allah.
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd. Sukki Othman menjelaskan, fahaman seumpama itu adalah fahaman yang tidak benar.
Katanya, yang dianggap bidaah itu sebenarnya adalah perkara khilafiah yang para ulama berselisih pandangan terhadapnya.
Menurut istilah syarak, jelas beliau, bidaah adalah sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan masalah agama (untuk mendekatkan diri kepada Allah) yang tidak ada contoh sebelumnya daripada Nabi SAW, tidak disuruh oleh nabi untuk melakukannya, juga tidak dipersetujui dan tidak diakui oleh nabi SAW dan tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda (Jum’at Amin Abdul Aziz. 1991. Fahmul Islam fi Zilal Usul al-’Isyrin lil Imam Hasan al-Banna. Iskandariah: Dar al-Da’wah. Hlm. 195)
Bidaah juga ditakrifkan sebagai mewujudkan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak datang keizinan daripada syarak di dalam al-Quran, sunnah, ijmak atau qias dan tidak termasuk dalam kaedah dan asas umum ajaran Islam (Al-Sa’di, Abdul Malik Abdul Rahman, 2008. Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq. Jordan: Matba’ah al-Azhar, hlm. 8)
“Oleh itu, bidaah adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah kerana sunnah itu petunjuk. Sedangkan bidaah adalah perbuatan yang dilakukan tanpa landasan wahyu (al-Quran) atau sunnah Nabi SAW dan ijmak ulama,” katanya.
Oleh itu, apabila berlaku sesuatu perkara atau amalan, hendaklah dilihat sama ada amalan tersebut ada dalam al-Quran, sunnah, ijmak atau Qias.
Sekiranya tidak ada, maka hendaklah dilihat pula sama ada amalan tersebut menepati kaedah umum ajaran Islam atau tidak. Sekiranya amalan tersebut termasuk dalam kaedah umum Islam, maka ia tidak dinamakan bidaah.
Jika sebaliknya, iaitu amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam, barulah dianggap bidaah.
Persoalannya, adakah setiap amalan atau ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi terus dianggap bidaah?
Mohd. Sukki berkata, sesuatu yang perlu difahami juga dalam persoalan bidaah ini adalah ibadah yang dilakukan oleh nabi SAW boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Amalan nabi yang dikaitkan (dikhususkan) dengan masa, tempat, bilangan tertentu dan sebagainya seperti bilangan rakaat solat, waktu solat, hari yang diwajibkan berpuasa, cara ibadah haji dan sebagainya.
Amalan seumpama ini hendaklah dilaksanakan tanpa menambah atau mengurang kadar yang telah ditetapkan.
Sekiranya sengaja menambah bilangan rakaat solat Maghrib umpamanya daripada tiga rakaat kepada empat rakaat, maka inilah amalan yang dikatakan sebagai bidaah.
2. Adapun, amalan nabi atau apa yang datang daripada nabi dalam bentuk suruhan, galakan, wasiat dan sebagainya yang tidak dikaitkan (dikhususkan) dengan waktu-waktu tertentu untuk melakukannya dan tidak pula ada larangan nabi terhadap waktu-waktu tertentu untuk melakukannya, maka dengan itu umat Islam bebas memilih waktu yang disukai olehnya untuk melaksanakan amalan tersebut.
Syaratnya, kata Mohd. Sukki, tidak menyandarkan kepada nabi dengan mengatakan bahawa nabi menyuruh melakukan amalan tersebut pada waktu yang dilakukan itu.
“Bahkan amalan itu boleh dilakukan berasaskan bahawa ia merupakan sesuatu yang termasuk dalam dasar ajaran Islam,” jelasnya.
Ilmu elak bidaah
Justeru, Mohd. Sukki berkata, Imam Hasan al-Banna mengkategorikan bidaah itu kepada dua iaitu:
Bidaah hakiki yang wajib ditentangi
Bidaah yang termasuk dalamkhilaf dalam kalangan ulama.
Contoh bidaah dalam kategori pertama iaitu yang wajib ditentangi adalah tidak menggunakan hukum dan perundangan yang diturunkan oleh Allah, menyambut perayaan yang mempunyai kaitan dengan agama selain daripada Islam, adat-adat dan budaya-budaya haram yang dicedok dari Barat seperti pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya.
Adapun bidaah kategori yang kedua yang menjadi perselisihan dalam kalangan ulama adalah berselawat kepada nabi secara kuat selepas azan, membaca surah al-Kahfi dengan suara yang kuat oleh seorang qari di masjid sebelum didirikan solat Jumaat, membaca ayat al-Quran atau zikir-zikir tertentu dengan bilangan-bilangan yang ditetapkan seperti 100 dan 1,000, menyambut ulang tahun keputeraan nabi dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kata Mohd. Sukki, bidaah kategori pertama sahaja yang diharamkan manakala bidaah kategori kedua bukanlah bidaah hakiki yang diharamkan.
Katanya, kekeliruan timbul dalam kalangan masyarakat tentang bidaah ini ekoran kefahaman seolah-olah segala apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah menjadi suatu bidaah apabila dilakukan.
“Sedangkan sesuatu yang sedia dimaklumi secara darurah bahawa nabi tidak melakukan semua perkara yang diharuskan kerana perkara yang harus terlalu banyak.
“Oleh itu, sesiapa yang mendakwa pengharaman sesuatu atau mengaitkan dengan bidaah dengan alasan nabi tidak melakukannya, bererti dia telah membuat dakwaan yang salah,” katanya.
Mohd. Sukki memberitahu, terdapat kaedah usul fiqh yang menyebut: “Meninggalkan sesuatu bukan bererti mengharamkannya.”
Begitu juga sesuatu yang dimaklumi secara darurah bahawa nabi tidak mengerjakan semua amalan yang sunat.
Katanya, hal ini kerana kesibukan baginda melakukan perkara dan urusan lain yang lebih penting dan besar seperti menyampaikan dakwah, berdebat dengan golongan musyrikin dan ahli kitab, berjihad menentang musuh Islam demi memelihara kesucian agama Islam, mengasaskan sebuah kerajaan Islam dan sebagainya.
Namun, Rasulullah telah menggariskan nas-nas syarak yang umum meliputi segala hal yang disunatkan.
Credit – Utusan Malaysia Online