Monday, November 28, 2011

Puisi dairah Jala:Wakpa weh


He..wakpa weh...
banyak la ni tak reti bahasa
nak bercakap tak reti
nak menulis jauhsekali
ilmu ada
wakpa tak reti bahasa sendiri
kalau bercakap pun campur campur
bagai air batu campur
keaslian pun hilang
jati diri pun habis pergi
kalau tak sayang bahasa sendiri
kalau tak cinta bahasa ibunda
aduh..
mana lagi harga diri
mana lagi personaliti
hilang terbang inti peribadi
wakpa weh gini lalu
oghe ngaji tapi tak reti bahasa sendiri
nak kata putih jadi hitam
nak kata hijau jadi biru
tata bahasa tak reti
susun ayat pun tak kena
miskin pula bahasa
akhirnya pinjam situ sini
lepas tu kata pula
kita kena jaga hak kita cakap
tak pandai menari
jangan salahkan bendul dan lantai
tak pandai menyanyi
jangan pula lagu yang kita persalahkan
mari cuba mengenal diri
melalui bahasa dan hati
serlahkan peribadi
unggulkan jati diri
kalau kita masih menyalahkan orang
legenda bangau akan berterusan
menjadi hantu dan tuyul
mencemari budaya dan bahasa
we.....maghi kita khabar
maghi kita sedar

Yala 29-11-11

Saturday, November 26, 2011

Hijrah ...

  
Tahun baru hijrah menjelma lagi menemui seluruh insan yang masih dikurniakan sisa sisa hidup..Hidup memang suatu yang amat indah yang dikurniakan oleh Allah...yang penting bagaimana agr kehidupan ini berjalan mengikut keindahan  Ilahi..

Tahun baru umur makin lama..umur makin tua..satu kata yang jarang disedari insan..Insan sering merasa usia dan umurnya tetap muda..padahal dah ada tanda tanda tua...ingatan dah mula lupa...uban dikepala mula berubah rona..lutut dan urat geramat dah mula lentur powernya...mata pun dah nanar..namun Kita tetap merasa Kita masih belum menjadi Tua...Aduh......memang bahaya alpa yang dahsyat..

Lalu..apa yang perlu kita lakukan...
1-Muhasabah diri..ini yang penting....selidiki dengan hati dan budi..apa yang kurang..apa yang lemah
2-Ingatlah...perjalanan Kita masih jauh..kita baru berada pada tahap umur yang kedua..dulu dah berada dalam rahim..sekarang umur atas dunia..lepas tu alam kubur..hidup lagi...lepas tu..dalam kubur..berapa lama..Allah yang maklum...kemudian dihidupkan kembali berada dipadang Mahsyar..Aduh berapa lama..Allah juga yang tahu..Kemudian hidup lagi sama ada dalam neraka dengan azab sengsaranya..atau dalam syurga dengan gembira dan nikmatnya...

Aduh....Usia makin buruk
Tahun baru lagi..

Thursday, November 24, 2011

Keputusan pilihan Ahli jawatankuasa Islam Wilayah Yala

Pilihan Ahli jawatankuasa Islam Wilayah diadakan diseluruh negara Thai..sebanyak 38 Wilayah mengadakan pilihan pada 24-11-2554..keputusan pilihan Ahli jawatankuasa Islam Wilayah yala adalah seperti berikut..
1-Dr.Wan Abdulkadir hj Wan Ahmad      136 undi
2-Hj Usman damarah                                143  ''
3-Hj Ibrahim Yanya                                  143  ""
4-Nikmud Matkacil                                  116 "\
5-Hj Abdulrahman  seteng                       112 ""
6-Hj Ismail hj Ahmad Tahir                     104 " "
7-Hj Abdul Aziz Telane                            115 "'
8-Zakaria Saleh                                        101''
9-Hj Mustafa Beriung                             120 ' '
10-HJ Syukri Datu                                  118 ''
11-Hj Marzuki  kabanmg                        118 '''
12-Hj Ahmad yanya                                126 ''
13-Hj idris katuk                                     102 ''
14-Hj hasan cekuas                                118 ''
15-Hj Abdullah Betung                            96''
16-Hj Abdulrahman Hj idris                    88 ''
17-Muhamad Fauzi                                  86 ''
18-Hj Abdulrazak lase                            92 ''
19-Hj Azmi katong                                 109''
20-Hj Abdullah pohon Kerasak              92 ''
21-Hj Soleh Beracuk                              89''
22-Hj Adam maha                                   85 ""
23-Muhamad Riduan Leknuh                88''
24-Muhamad  Daud Asung                    80 ''
25-Hj Kosem sisik                                  82 ''
26-Hj Ismail Kahung                              66 ''
27-Hj Ramzi  Wan usman                      74 ''
28-Hj Nuruiddin Hj Abdullah                 66''
29-Hj Muhamad Fauzi                           66'
30-Abdullah Salamah                             88 ""
---------------------------------------------------
31-Hj Abdulrahman Cekse                  337 ""
32-Hj Ismail Hari                                 335 ''
33-Hj Abdullah Hele                            352 ''
34-Hj Abdulbasit Cekmat                   342''
35-Hj Wan Ahmad Tok Adam            331 ''
36-Hj Abdul Aziz  Me                         328''
37-Hj Husain Dumede                        326 ''
38-Hj Rosydi bakok                           316 ''
39-Hj Yusof Ali                                   321 ''
40-Hj Ahmad Tuyung                         311''
41-Hj Hasan Deng                             303 ''
42-Muhamad Nawawi Hj Muhamad 304 ''
43-Muhmad Ruyani Muyuk              307''
44-Muhamad Romli gura                   303
45-Hj Syafee Cekleng                        294
46-Hj Arifen Cekme                           312
47-Muhamad Soleh wadeng               310;;
48-Hj wan Daud Saleh                        297''
49-hj Abdul Aziz Cekteh                     307''
50-Hj Ahmad Ismail                           296 ''
51-Hj Abdul Ghani Dame                  297''
52-Hj Syamsudin Yeng                      300''
53-Hj Nik Amin Nikmuda                 312''
54-Ismail hj Maknuh                         302''
55-Hj Hasyem Sale                           296''
56-Hj abdullatif Tokde                      291''
57-Hj Sofian Datu                             313''
58-Hj Abdul Azizabe                         287''
59-Hj Ali Makteh                             260''
60-Hj Muhamad Fauzi Abdulla        232
    Mengikut perlembagaan ,Ajk Majlis mempunyai tempuh selama 6 tahun

Wednesday, November 23, 2011

Puisi rindu buat Maya

Gunung merapi Ketup Jokja
                                                        Borobudur


Maya...
masihkah tersisa bara dendam itu
pada diri yang sepi
pada jiwa yang luka
pada cinta yang setia
walaupun tangan ini tidak bisa melukis langit
namun wajah pucatmu masih tetap menjadi pelangi
yang menebar tujuh warna
pada sebuah hati yang keciwa
Maya....
masihkah memabara asap nista
pada diriku yang masih setia
bulan desember datang dan berlalu
membawa setimbun albam cinta
gambarnya aku tatap
menjadi beberapa arca
lalu ku bangunkan sendiri
pada seluruh kujur rasa

Maya..
dalam dendammu
tiuplah api berita
tentang bahagiamu
tentang lagu syahdu yang kau nyanyikan berdua
dipesisir pantai Sampurna
tentang lagu anak
tentang dodoi mu
kan Aku selalu berkata
bahagiamu bahagiaku
senyummu munajatku
diatas sejadah rindu
ku hulur kad biru
tulislah ceritamu
tawa hilai
mesra sekata
panas dikala sejuk
sejuk dikala panas
Maya..
tulislah berita itu
Aku amat rindu
pada setiap malam bisu
Ku ukir nama mu pada nuansa rindu
Agar kau tahu
Cinta itu gah tulus untuk mu

Dalam tiap untaian do’a malam ku
Selalu ku sebut namamu dengan hati merindu
Bayang senyum mu
Hantarkan diri pada peraduan hati
Maya..
repotasilah padaku


Tuesday, November 22, 2011

Tahun baru hijrah hadir lagi

Mula semangat hijrah dengan sikap tawaduk
Tahun Hijrah Islam sekali lagi menjelma dengan bermulanya 1429. Tahun yang bakal penuh dengan cabaran ini disambut dengan rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya selama ini. Seperti mana tahun-tahun baru sebelum ini , kita mulakan dengan lafaz Bismillah dan Tasyakkur ke HadratNya kerana kita masih lagi dizinkan untuk menerus usaha-usaha dakwah disamping menjalankan tugasan harian sebagai anak, ibu, bapa ,pendidik, pelajar, pekerja amnya dan sebagai umat Islam khasnya. Namun sebagai muslim yang memahami akan kepentingan hidup sebagai satu Ibadah, seharusnya kita lebih lagi mendalami perspektif sambutan Tahun baru ini. Sambutan tahun baru dalam Islam bukan sahaja satu sambutan yang bersifat bermegah dan bergembira semata-mata tetapi kita harus sandarkan kepada konsep hisab diri , merenung akan kelemahan, kekurangan yang telah kita lakukan sebelum ini dan menginsafinya. Dalam pada erti tahun baru juga membwa makna mencetuskan rasa ingin berubah dari satu kekurangan kepada satu kekuatan yang baru. Apabila kelemahan dikenalpasti maka disitulah datangnya perasaan untuk memperbaiki. Namun tidak semua merasai akan kelemahan. Ada juga perspektif lain daripada kelemahan. Kerana tidak semua orang akan merasai kelemahan dalam diri. Justeru, erti hijrah tahun baru juga boleh diungkap dari erti kata menambah baik serta meningkatkan sesuatu usaha ke arah terbaik. Menghitung diri dan muhasabah yang juga satu amalan para anbiya, mursalin adalah satu perkara yang cukup penting yang harus dijadikan budaya dalam hidup semua manusia. Ungkapan mengihitung diri selaras dengan semangat MUHASABAH.



Wednesday, November 9, 2011

Selamat hari raya untuk semua.......

  Sempena Idul adha tahun ini..Saya dengan penuh kerendan diri ,menyedari pelbagai kelemahan diri
mengangkat tabik hurmat mengucapkan selamat hari raya ..maaf zahir batin..yang salah mohon dimaafkan..yang silap minta diampunkan...yang tergelincir harap dibetulkan....memang Saya banyak kelemahannya..Maaf ya