Saturday, January 30, 2010

Mari kita kutip mentari itu..



Maya...
mari kita kutip mentari panas itu
untuk mengeringkan hati yang basah
membakar jiwa yang resah
menjemur dahan yang patah
diri yang rebah

Maya..
inilah jalur kehidupan
antara hujan petir
gelora pasir
ombak berdesir
cinta pun tercicir

lalu kita rebah
antara angin semilir
tangan masih menggapai pesisir
ribut dan petir
adalah alun nada dering hidup
menengking cinta

Kita kutip mentari panas
namun kita tak kan lemas

12 malam
31 Jan 2010

Orang paling malas



Pada masa dahulu, ada sebuah kampung namanya kampung Damai..dimana semua penduduknya amat RAJIN..tiada tanah yang kosong..semuanya ditanam..kampungnya subur menghijau..

Jadi pada suatu hari, Penghulunya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki
mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Penghulu pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang membuka mulut kat Saya dan
menyuapkan makanan ".
Tuan penghulu menggaru garu rambut jarangnya..

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuan Penghulu".

Tuan Penghulu pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Penghulu menggeling giling kepalanya.. sampai begitu malas dia..Aku pikir dalam kampung ni tak ada orang malas.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepada penghulu sambil
berkata:

"sayalah orang yang paling malas tuan penghulu".

Penghulu pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : " Saya ni..Saya ni malas benar ..nak cakap dan nak cerita pun malas"....

Penghulu ternganga dan batuk batuk....

Monday, January 25, 2010

Puisi:Siapa yang tau


Siapa yang tau..
remuk redam rencah hati dicuri gelita
susuk pilu belati derita api membakar dada
pada sebuah renggangan yang melanda
retak sebuah impian mahligai bersama
pun rindu menghantui
tapi malam terus kelabu
aku sedar
bukan silapmu
akulah insan malang yang dimamah rahang persoalan
antara keluarga dan sebuah impian
lalu ku pilih jalan ini
atas nama sebuah harapan
melihat kamu bahagia

Siapa yang tau...
tapi aku yakin..
pasti Maya tau
dalam marah makimu
dalam benci ludahmu
pikirlah dengan keputihan hati
ketelusan yang tulus

hanya ingin melihat
maya gembira dihujung usia
tersenyumlah walaupun dipenuhi air cuka
demi cinta kita
tiada lain
aku hanya ingin memandang kamu bahagia

Ku harap Maya kan tau

25-jan-2010
dalam perantauan

Thursday, January 21, 2010

Renunga jumaat:Antara senang dan tenang



Ramai orang senang tapi bukan semua merasa tenang..senang adalah bersifat lahiriah sementara TENANG bersifat dalaman.bukan senang nak jadi tenang dan bukan sukar nak jadi orang tenang..
Agar kita tidak terjebak dalam kancah gelisah resah hindari 9 perkara berikiut...
9 Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia
1. Pemarah atau dalam istilah kampung Saya dia panggil Bekeng..paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi :iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus terbakar akibat hasad dengkinya ,kebajikan dan pahala pendengki itu akan hancur dibakar bagai api dalam sekam

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..

5. Tamak :orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air sungai...walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

6. Tidak sabar: andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila dicuba dengan dugaan..

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak :orang terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan: Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.dan tidak TENANG
semua orang tau tapi bukan semua yang dapat melaksanakannya..

Tuesday, January 19, 2010

Untuk siapa saja yang namanya Maya



Tidak pernah terlintas walau sekilat
untuk menyakiti hatimu
apalagi memadamkan riang tawa
telah ku hitung kira segalanya
antara bicara dan kata
aku terhambat sendirian
antara dua patamurgana
sedangkan perjalanan mu
mesti sealir berjalan bagai arus sungai
walaupun airnya lesu
teruskalah riak recah alunmu
bagiku...
itulah mahligai kasih
istana sayang
kukalungkan dilehermu penuh keabadian
antara badai keluarga dan sebuah kerinduan
Aku berjanji...
andai setelah perjalananmu berkemudi
lalu bahtera itu tidak dapat memberimu arah
dan tak dapat meniupkan seruling damai
tak terpahat sebuah kata bahagia...
akan ku tebus kesilapanku
atas nama cinta

jam 2 -20/1/2010
saat paling kritis

Kesiannya Haiti



Musibah yang menimpa Haiti merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia..hampir 200 ribu yang terperuk dicelah runtuhan batu bata,mayat bergelimpangan ..yang masih hidup dihimpit kelparan yang amat dahsyat..Setiausha bangsa bangsa bersatu sendiri menyatakan ,trajidi itu paling buruk dalam sejarah maknusia..
PORT-AU-PRINCE – Kedahsyatan tragedi yang menimpa Haiti menjadi bertambah jelas apabila pihak berkuasa melaporkan 200,000 orang dianggarkan terkorban dan 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal di kawasan yang dilanda gempa bumi minggu lalu.

Gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter itu, mangsa yang cedera meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan, doktor merayu untuk mendapatkan bantuan dan pencuri melibas satu sama lain dengan parang untuk merebut barang rampasan dari runtuhan
bangunan.
Kita . hanya dapat berpikir dan mengambil iktibar dan cuma berdoa.kesiannya orang Haiti

Tuesday, January 5, 2010

Renungan 26: Bukan payah jadi muslim/muslimat





Bukan payah menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim... namun...

1-Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke tempat kerja atau ke tempat belajar...

2- Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...
>
3- Anda hanya perlu 2 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...
>
4- Anda hanya perlukan 10 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...
>
5- Anda hanya perlukan 10 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...
>
6-Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran,berjam jam untuk membaca akhbar dan nobel
>
7- Solat maghrib 7 minit tetapi derama tv 1 jam...
>
8-Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...
>
9- Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...
>
10- Anda hanya perlu 10 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...
>
># Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....sedangkan lebih 1 jam untuk berkhayal..
>
>Renunglahhh.....


Monday, January 4, 2010

Renunga 25:Huruf .....T



Hidup kita ni perlu mencari jalan selamat.., yang penting ialah BERKAT.RAHMAT.NIKMAT.HIDAYAT....
Bila hidup kita berkat, diri kita pun akan akan selamat.selamat dunia akhirat...
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.anak anak semuanya hurmat..
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat.rezeki pun berpusat pusat..

TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,simpang siur macam kulat..semuanya ligat cepat macam kilat...
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.rumah batu bagai ketupat...semua barang menjerat..motor kerita computer penuh sendat..

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam pacat... Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam pacat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.kepada tuhan mula ralat..dosa pahala sudah tidak diingat..
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.tak takut neraka tak gerun pada malaikat..
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.tak kira asal dapat..halal haram semua dibuat..
Orang tua pun takut mati sangat..cari majun cari ubat..ubat gagah ubat kuat..suara azan telinga disumbat...

Yang lelaki muda pakai seluar ketat.seluar carik macam orang barat..tak kenal tahyul tak kenal kharafat..
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.panjang macam hantu kena pukat..

Yang perempuan, pakai mini sekerat...nampak betis berkarat..tunjuk dada nampak sekerat..
Suka pakai baju ketat.seluar sempit sendat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,.Suka telepon tak kenal tempat...kalau boleh cakap tak sedar dunia ni nak kiamat..
Bila berjumpa, tangan berjabat.mata pun tergeliat..nafsu tak dapat disekat sekat..akhirnya berzina buat maksiat..dosanya besar azabnya sangat..dalam kubur disiat siat..dipadang mahsyar baunya dahsyat..orang berzina balasannya tenat..
tidak peduli agama dan adat.
tidak takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.dibunuh dicekek sungguh bangsat..

IBLIS MULA MELOMPAT.gembira sangat./.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita sama mengingat,jangan tinggal tazkirah dan nasihat..
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,dunia hancur makin dekat..
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.wang itu dari mana kamu dapat..kenapa pula kamu lakukan maksiat..kan Allah dah ingatkan dunia ini bagai sesaat..
maknusia ni memang mudah lupa pada ayat..kuraan hadis jadi azimat..ilmu agama penyuluh zulmat..akhlak itu meninggi darjat...tingkat kuatkan ibadat ..

Umur mu banyak mana kamu amal ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta lakukan manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingat.. supaya segera
meninggalkan maksiat ... memperbanyakkan amal ibadat.berdialah selalu agar kita selamat..dunia akhirat..jadi insan penuh berkat..

Sunday, January 3, 2010

Renungan 24:nasihat Abdulkadir Aljilani



1-Jika anda bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2-Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak melakukan maksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku"..

3-Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku."

4-Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5-Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini melakukan maksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku melakukan maksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
pikir pikirlah teman...