Saturday, December 19, 2009

Renungan ditahun baru....



1- Rami yang membilang tahun baru...tapi jarang yang menyedari bahawa usia dan umurnya makin usang

2- Ramai orang dapat memiliki jam mahal..tapi bukan semua yang menyedari tentang betapa mahalnya harga dan nilai masa...

3- Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah kamu menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu.”
Riwayat Bukhari

4- Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

5- Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati. .

6- Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)

7- Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.

8- Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).

Wednesday, December 16, 2009

Sajak untuk orang lupa:Apabila hari itu tiba


Suatu hari...
rakaman akan diputarkan
mengembalikan pita kesilapan masa silam
yang tak mungkin didelit lAGI

Hari kita merasa sungguh bahagia
berpegangan tangan bersama kekasih
yang belum dimatrai temali ijab kabul
kulit bersentuhan
atau mengahantak rekahan nanah para pelacur
nafsu bagai alun gelombang
tanpa menghirau pantang tuhan
dan waktu sembahyang

Hari kita merasa sungguh terhibur
dengan dindangan lagu tepuk irama
goyangan kaki dan nion yang menerbangkan
lalu melupakan lirik dan lagu Alkuran

Hari ini kita amat berpuas hati
mengonyah daging saudara
atas nama kebaikan
lalu melupakan segunung nasihat
yang menjadi tanggungjawab bersama

Hari ini kita amat sedih
melihat adigan sebuah derama
dan simpati pada pelakun
tapi air mata kita ketandusan
untuk menangis gentar kepada tuhan

Hari ini kita merasa amat megah
pada sebuah penipuan dan pendustaan
timbunan harta dari sumber haram
lalu melupakan penderitaan para miskin dan fukara
para murhain dan oku yang terlantar

Hari kita merasa sungguh hebat
dapat bangun atas runtuhan orang lain
nama dan marwah mereka kita pijak dan gadai
bagai tulang temulang kering
lalu kita lupakan
suratan kasih siratan sayang

Akan tibalah hari itu
mulut sudah tidak dapat berbicara lagi
peteh bohong lincah penipuan
tangan kaki anggota mengaku
pada semua noda pada segala dosa
pintu masa pun terkunci tertutup
kenderaan pulang sudah kehabisan
meninggalkan kita diperhentian lengang
ngeri mencengkam

Jangan....
jangan sekali melupakan hari ini
kerana kematian bukan kita pemegang tropinya
ia bukan milik kita
yang pasti..
dia akan tiba bila bila masa
dalam putaran 7 nama hari

Sewaktu mata kita pejam
mungkin esok tidak dapat dibuka lagi
telinga tidak dapat mendengar pesona puji
yang berhurmat.yang berbahagia entah dimana

Malam pertama dikuburan
amat dahsyat
dari apa yang kita pikirkan

1 Muharam 1431
Jala

Saturday, December 12, 2009

Renungan 24: 9 pembaziran


Sembilan pembaziran tanpa disedari....mungkin kita termasuk didalamnya...

1-Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2-Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3-Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4-Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5-Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah dan berbakti kepada Allah.

6-Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7-Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8-Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9-Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Sumber:madarij assalikin

Wednesday, December 9, 2009

Renungan 24:Pelik bin hairan bin ganjil


Pelik bin hairan tak......
Pelik ya, duit 50 kelihatan begitu besar apabila
nak derma atau nak sedekah, tapi begitu kecil
bila kita bawa ke supermarket untuk membelibelah

hairan bin ganjil tak...
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir dan berzikir kepada Allah
tapi betapa pendeknya waktu untuk menonton derama tv

Pelik bin hairan tak...,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid atau mendengar ceramah agama
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di pawagang atau menonton perlawanan bola dalam tv

Pelik bin ganjil tak...
tak sampai 15 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu mengantuk dan berbuih mulut
merepek..tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan
kita walaupun dah ulang dua tiga kaset dan cd berkali-kali.

ganjil bin pelik tak...
dengar iklan jualan barangan murah dlm tv, rasa tak
sabar-sabar nak pergi beli, tapi dengar laungan azan
tak terasa apa apa..

Pelik tak...
pasar minggu jauh sanggup pergi dan naik kereta ,
tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pulak.

ganjil tak...
payahnya nak mengucapkan kata doa , tapia betapa mudahnya cari bahan
bersembang dan berbual dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran
walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

hairan tak...
ramai org berebut paling depan utk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
apabila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik bin ganjil tak...
susahnya nak beri nasihat pada sesorang,
tapi mudahnya kalau ikut serta mengumpat.

Pelik tak..
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email
yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa
yang dikatakan al-Quran.

Pelik tak kita…..?
Kita boleh menyisir rammbut kita 12 kali sehari..
tapi amat berat untuk membuka minda kita berpikira
perkara yang baik baik..

Pelik tak..
orang mudah percaya berita dari akhbar..tapi bertengkar
pula pasal ayat kuraan dan hadis..

Hairan tak..
Kita senang membilang wang beribu tapi amat sukar
untuk membilang amal dan kesilapan yang kita lakukan..

Lalu..jadilah Pelik hairan dan...ganjil

Monday, December 7, 2009

Renungan 23;kata cinta



Kata sayang dan cinta amat penting untuk semua...
salah satu kata paling gersang bagi orang melayu ialah kata..Sayang..Cinta..Kasih..
bagai satu kawasan kering dan kontang..cuma sesekali digunakan oleh peria dan wanita yang dilamun asmara...

Pada hal kata cinta..ucap sayang..lafaz kasih amat penting untuk semua...
ibu bapa perlu menuturkan kata sayang untuk menambah bateri hidup pada anak anak...

Anak anak perlu mengucapkan seikhlas sayang pada Ayah dan Ibu yang bertungkus lumus..melahir mengasuh mendidik dan membesarkannya...

Guru guru perlu mengucapkan Anak anak yang disayang agar alur tuju dalam pelajaran bagai kapal laju membelah lautan ilmu...

Pelajar pula perlu melahirkan kesucian kasih sayang pada Guru guru sesyahdu kapas putih untuk membalas pengurbanan yang tak pernah mengenal penat jemu para guru..

Untuk merapatkan jalinan sayang antara dua sahabat kata kata sayang perlu di updat kan dari masa kesemasa..

para isteri amat penting melafazkan kata cinta kasih sayang rindu pada suami kerana ia bagai atma murni mengacip hubungan..

para suami jangan gersang untuk meluahkan kata sayang pada isteri..biar bagai hujan lebat dari lembah dan pergunungan...rumahtangga pasti bersinar banar penuh bahagia...

Tengok...!!!!kata kata sayang cinta perlu pada semua orang...pada seluruh dunia...

Saturday, December 5, 2009

Renungan 22:Pernikahan itu



Pernikahan adalah hubungan dua hati gabungan dua diri menjadi two in one,,,
kalau berkahwen kerana kesunyian anda akan bertambah sepi...lengang dimana mana...kalau kecantikan yang dicari pasti mudah jemu ...hanya budi menjadi abadi...
pernikah bukan kerana Dia terlalu sempurna..kerana pada hakikatnya tidak ada insan yang ckup segalanya..pernikahan dan disemai dengan benih cinta itulah penjalin kuat hubungan,..

Rumah besar gobok kecil bukan ukuran...yang penting sejauh mana pengisian cinta suami isteri...andai cinta gersang..rumah pun bagai tak bertuan..

Apabila Dia bersalah..taburilah bunga bunga kemaafan..kalau kita bersalah jangan segan malu untuk meminta maaf..itulah orang yang menang dapat menambat hati...

Berdaleh tidak akan memberi sesuatu apapun...perbaiki diri adalah penolong segalanya..

jadilah air sewaktu Dia jadi api...kerak nasi yang keras lembut jadinya kalau disirami air...

Kadang kadang bawalah pasangan melihat ikan yang bernang tenang dalam air..betapa kehidupan keluarga mereka begitu bahagia,..bernang sini sana..

Jadilah suami yang ada payung..jadilah isteri yang ada dayung...