Monday, November 30, 2009

Renungan 21: Sebuah harapan



Bukan semua yang kita impikan itu dapat diraih...
dan bukan semua yang kita harapkan itu tidak berjaya...

Bijak mengatasi masalah
tapi..jangan masalah menikam diri sendiri......

Jangan mudah membuat kersimpulan hanya dari pandangan mata..
carilah alasan...
kerana semua perkara ada alasan tersendiri..
cuma kita ..mungkin tidak tepat mengurai alasan ...

Ingatlah...
harapan adalah bateri yang akan menyinarkan lampu hidup...

Wednesday, November 25, 2009

Renungan 20:Lihat diri


Hujan pun marah..kemarau pun marah....
kata kata itu telah lama terpakai..menunjukan perangai kita yang selalu menyalahkan orang lain..tidak cuba untuk mencari titik lemah diri untuk diperbaiki..++

Ubat untuk merawat diri ialah menilaikedudukan sendiri..jangan menyalahkan orang lain..kerana andai kita selalu menyalahkan orang lain..kehidupan kita tak berubah...

Selamilah diri..jengok peribadi sendiri...kita yang tak peteh menari kita salahkan tanah dan papan ...kita yang tak pandai menyanyi..kita salahka lagu dan irama pula...

Kenali diri..tahu peribadi..

Monday, November 23, 2009

Renungan 18:apabila kita dikata orang



Apabila kita dikata atau diumpat orang..
bagi orang yang tidak yakin pada diri sendiri...dia akan merasakan itu bagai suatu perkara yang mengganggu hati dan menjejas rasa...
hilang ketenagan ..pudar pula kebahagiaan...

jangan biarkan hal itu mencalar diri..
1-yakinlah pada diri sendiri..
2-anggaplah kata kata dan umpatan orang bagai cermin untuk menyuluh kelemahan dan kepincangan diri...
3-cari paidah dari butir kata dan pisau umpatan orang
4-kasihanilah kepada para pngumpat dan penjaja mulut..kerana Mereka lebih tertekan daripada kita
5-ingatlah dunia ini penuh dengan kata nista dan umpatan maknusia...kerana kata umpat itu lebih cepat terbang menjalar daripara kebenaran...

pagi.sebelum kepejabat....Jala..

kata renungan..



1-If you can't explain it simply you don't understand it well enough..
Andai anda tidak dapat memberi huraian yang jelas tentang sesuatu perkara bererti anda masih belum memahami hal tersebut....Albert Einstein

2-If you have an apple and I have an apple and we exchange thes apple.then you and I will still each have one apple .but if you have an idea and I have an adea..and we exchange thes idea then each of us will have two ideas..
Andai anda ada sebutir apel dan saya ada sebutir apel lalu kita tukar...kita masing masing memiliki sebutir apel...tapi kalau anda ada satu idia dan saya ada satu idia..lalu kita tukar..bererti kita ada dua idia.....
Gearge Berbard Show

3-A lie can run around the world before the truth can got it's boots on ...
Kebohongan dapat berpusing dunia begitu cepat..sementara kebenaran baru memakai kasut...james Watt

Saturday, November 21, 2009

Renungan :Kiamat 2012


Dimana mana ..dalam tv dan akhbar ramai yang bercakap tentang kiamat..yang paling teruk menetapkan kiamat mungkin berlaku pada tahun 2012..itu cuma gara gara sebuah filem..Saya sendiri masih belum menonton filem tersebut dan biasanya tak pernah menonton dipawagan dan panggung ..tapi lantaran isu itu terlalu hangat dan sempat menyaksikan sedutan episud filem tersebut dalam tv..apa yang dapat saya rasakan..memang hebat teknik yang dipersembahkan..

Sebagai seorang Islam yang beriman bahwa hari kiamat pasti berlaku..tanda dan dalilnya telah dibentang nyata oleh Alkuran dan Hadis..yang penting tidak ada siapa yang bisa menyebut tarikh ,hari dan masa berlakuknya Kiamat..namun kita wajib percaya bahawa kiamat pasti berlaku,...

Kiamat bukan seperti yang digambarkan oleh filem itu..tarikh 2012 bukanlah harinya..bila..?.hanya Allah yang amat maklum...sedahsyat manapun kiamat 2012 seperti yang digembar gemburkan oleh filem tersebut..sebenarnya hari kiamat lebih dahsyat daripada itu..tidak seperti gambaran dan imijinasi..tidak seperti mata yang menonton..lebih dahsyat..lebih ngeri..dan amat menakutkan

Jadi..jangan terpedaya,,yang penting timngkatkan iman..banyakkan amalan..betulkan niat dan perkasakan akidah..baca dan belajarlah tentang Islam..

Hanya Allah yang menentukan tarikh bila kiamat
jala

Thursday, November 19, 2009

Pantun dari Jala



Selamat hari raya dari Mayaraini
salah silap ampun semua
hari raya menjelang kini
mari bersama balik kedesa

Pokok pisang pokok sagu
berjajaran pokok Sena
Ibu menanti Ayah menunggu
semua keluarga tertanya tanya

Tanjungmas bandar handalan
tidak jauh dari Menara
kenangan dikampung tak terlupakan
menjadi khazanah sampai bila bila

Bunga mawar bunga raya
bunga tanjung kesukaan kita
walau sesibuk mana pun kita
kampung laman jangan dilupa

Sediakan wang berkeping keping
untuk dibahagi kepada anak Pakmin
kita berkurban lembu dan kambing
agihkan agihkan pasa si miskin

Tuesday, November 17, 2009

Untuk semua yang bekerja...


Kadang kadang pelbagai masaalah timbul ditempat kerja..kawan mulut cerewet lah..kawan yang mementing diri lah..kawan yang semua orang lain tak kena..kayu betul cuma untuk dia seorang saja..ada juga kawan yang berlagak jadi Boss..andai kita kenal insan..kita tak akan gelabah dan tidak akan stress..cuba guna pakai beberapa perkara dibawah agar kita senang dan tenang ditempat kerja...
1-Positive thinking;..berpikiran positif..ha senang lah kita.dunia ini bagai kita pakai cermin mata..kalau kita pakai hitam,kita nampak semua orang hitam..kalau kita pakai hijau kita nampak semua orang hijau..kalau kita pakai cermin putih..kita nampak semua orang putih..

2-Peaceful mink:..hati yang tenang..kapal yang belayar atas lautan yang bergelombang tentunya akan terhuyung hayang..tapi kalau belayar atas air tenang..kapal juga tenang...

3-Patient:..ha..sabar ni memang senjata paling janggih...

4-Polite:...lemah lembut..biar dia orang kasar..tapi kita lemah lembut..biar dia orang macam gergasi macam raksaksa..tapi kita bagai Maha Dewi..

5-Professional:........bekerja secara profesional..memang profesional amat penting..

Ha..sekarang kita tak stress lagi ditempat kerja...betul tak Lukman..betul tak Maya..betul tak maryana..betul tak Azmi..Aznil...

Kata pesan


Tuan guru pondok Dala sering memberi peringatan kepada pelajarnya 3 patah metra yang mesti diguna pakai untuk berjaya dalam pengajian dan pelajaran.Metra itu ;
1-Kace...ertinya berusha sungguh sunguh..walaupun terasa malas..kace..kace
2-Ok..jangan baca o.k..baca Ok(aok)..ertinya sabar..walaupun berbagai halangan mesti ok..
3-Tebeng(bukan tebing)tebeng ertinya lakukan sedaya upaya..lawan wabak malas

Apabila ketiga tiga itu menjadi jampi metra kehidupan..Insya Allah akan berjaya..
Kace..aok..tebeng

Sunday, November 15, 2009

Renungan 18:hidup ini bagaikan game


(ruginya masa dan modal insan masa depan)

Hidup didunia ..
bagai kanak kanak bermain game...
ada kalah ada menang..
kadang kadang menang mendapat markah tinggi..
kadang kadang kalah mendapat markah rendah...

Andai kalah dalam bermain game..
atau apabila game over,..
kita start semula...
dengan langkah baru...
dan penuh hati hati..
kekalahan pertama adalah sebuah pengajaran..
agar bisa kita ubah..
kerana belajar dari kesilapan..
adalah kecerdikan yang amat matang..

Sunday, November 8, 2009

Renungan 16 : Asahabusy-syimal


dalam surah Alwakiah Allah mengingatkan bahawa diakhirat nanti maknusia akan diberi surat catatan amalan ..ada melalui sebelah kanan ada pula sebelah kiri..Asabul Yamin dan Ashabusy-syimal..berbahagialah orang yang mendapat catatan dari sebelah kanan..dan menderita berpanjanganlah orang yang mendapat catatan dari sebelah kiri..Kita dapat lihat perilaku atas dunia insan Ashabusy-syimal melalui hal berikut..
1-Hidup dengan mewah melampauai batas./.dan melupakan Allah..
2-Terus menerus melakukan dosa..dan tak mau bertaubat..
3-Amat tipis keyakinannya pada hari bangkit dan hari kiamat..

Ashabusy-syimal ini akan diberi balasan seperti berikut..
1-Siksa neraka yang amat dahsyat,,
2-makanan yang diberikan menggelegak panas,.. yang akan melumatkan jantung dan perut..
4-Asap panas..dipadang mahsyar tidak ada bayang bayang peneduh..

Thursday, November 5, 2009

Renungan 15 :Apabila melihat pelajar yang nakal

Sesekali melihat pelajar yang nakal...
atau tidak prihatin terhadap pelajarn...
terkenang kita pada guru guru yang pernah mendidik kita tanpa jemu tanpa lesu..
tapi waktu itu...
kata dan nasihat guru...
bagai minyak yang dilempar dalam percik api..

hardik cubit..
nasihat keramat...
amaran dan jangan...
bagai angin lalu dihujung daun...

Nah..hari ini kita jadi maknusia...
kita mula imbas kembali...
dari a sampai z..
memang jasa guru...
melintasi gunung Kinabalu...
melewati Hemalaya....
tiada taranya...

Ucapku penuh syahdu...
untuk semua guru guruku...
Hj bdullah..Ubaidilah..Wan Sulaiman...
Ghazali...hj hasan....hj Musa Lundang..
Hj.Wan daud Iraki...kaklong...
Cikgu Wan hasmah...Cikgu Rohani...Cikgu Radiah...
Cikgu Aminah...Ustazah Hasnah..
Cikgu fatimah...Techer Abiyo kosomki..

jasa kalianlah aku..
inilah...
tabik hurmat ku...

Wednesday, November 4, 2009

Puisi :apabila hari itu tiba



Suati hari..
kita akan memutarkan hati dan perasaan
mengembalikan pita kesilapan masa silam
yang tak mungkin diulang lagi..

hari kita merasa sungguh bahagia
berpegangan tangan dengan kekasih
yang belum dimatrai tali ijab kabul..
kulit bersentuhan..
nafsu pun bergelumbang
tanpa menghirau pantang tuhan
dan waktu sembahyang

Hari kita merasa sungguh terhibur
dengan dindangan lagu dan tepuk irama
lalu melupakan lirik dan lagu Alkuran

Hari kita mengonyah daging saudara
kita siat siatkan keburukan mereka atas nama kebaikan
dan melupakan segunung nasihat
yang menjadi tanggungjawab bersama

Hari dimana air mata mengalir
melihat adigan sedih sebuah drama
dan simpati pada pelakun
tapi air mata kita ketandusan kontang
menangis gentar pada Allah

Hari dimana kita merasa megah pada petah penipuan
timbunan harta dari sumber haram
lalu melupakan penderitaan orang orang miskin
fakir dan oku
yang terlantar memamah hari hari berduri

Akan tibalah hari itu
mulut tidak berbicara lagi
peteh bohong lincah penipuan
tangan kaki anggota mengaku
pada semua dosa pada segala noda
pintu masa pun tertutup terkunci
kenderaan pulang sudah kehabisan meninggal kita dalam ngeri

Jangan sekali cuba membolak balikkan
merasa bahawa kematian bukan milik kita
yang pasti ia akan tiba
dalam masa 7 hari
sewaktu mata pejam
mungkin esok tidak dapat dibuka lagi
telinga tidak dapat mendengar pesona puja
malam pengantin dikuburan
amat dahsyat
dari apa yang kita pikirkan..

12-11-2009
Jala...

Hidup bahagia bersama orang lain..



Rahsia hidup bahagia bersama orang lain..
1-Terima hakikat diri sendiri
2-lebih mengingati apa yang kita perolehi daripada apa yang kurang
3-terima hakikat dan kedudukan orang lain
4-jangan membeza banding diri kita dengan orang lain
5-bercakaplah hal yang baik baik..
6=hidup penuh kebenaran...berani berkata ya dan berani kata tidak...
7=selesaikan perselisihan dengan bahasa lembut
8=gunalah bahasa yang boleh menyatupadukan insan
9-MAAF selalu

Renungan 14 : Erti sebuah Nilai


Apabila disebut insan..
ada nilai dan harganya masing masing..
jangan pernah berkata..ah..aku tak ada harga...aku tak ada guna...
lautan yang luas..semudra yang dalam...
bermula dari setitis embun ..
yang merebah lesu didaunan...
jatuh mengalir kearus sungai..terdampar dilautan...

Maknusia pun begitu....
bagai sebuah kerita...
semua saling memerlukan...
ada yang jadi injen..ada yang jadi tayar..
ada yang jadi brek..ada yang jadi sekrunya...
tanpa sekru..kerita pasti nanar..

jadilah apa saja..
tapi..
jadilah sebaik baiknya.......

Renungan 13 :mengatasi perasaan serbasalah....


Kita sering menghadapi suasana serbasalah...
ditelan pahit dibuang sayang...
ditelan mati emak..dibuang mati bapa....
kita tak tahu bagaimana nak selesaikan....

Ambil sehelai kertas....
cari sebatang pensil...
tulis ..masalah ditengah kertas...
tulis 10 pintu mengelilingi masalah...
dan..tulis jalan keluar..pada setiap pintu...
pintu pertama...kedua dan...setrusnya...
kita pasti bertemu ...
salah satu jalan keluarnya.....
yang penting kita tak merasa lemah...

kepahitan pun bertukar..
ditelan hidup Mak...
dibuang panjang umur Ayah..

Haaaaaaaaaaaaaaa
kita tidak serbasalah lagi...

Renungan 12:Lihatlah pada bebunga


Beberapa jenis bunga..
lambat kembangnya...lambat pula pudarnya....
menjadi sebutan orang dimana mana..

Ada juga beberapa jenis bunga...
kembang pagi pudar petang..

Jangan sedih andai kerja yang anda lakukan masih belum mencapai apa yang ditahapkan..yang penting kita terus berusha tanpa mengenal erti susah dan penat...

jangan lemah menghadapi hidup..
janga putus asa menghadapi halangan..

Ingatlah !!!! bersama kesusahan ada kemudahan..
bersama kesukaran ada kelonggaran...
bersama kesempitan ada jalan luas terbentang...

Selepas hujan lebat ...
udara amat selisa..
makin kuat ombak dilaut..
makin dipandang orang....

Bersama kepayahan..
ada kesenangan...

Inna maal usri yusra....

Tuesday, November 3, 2009

Renungan 12:Iktibar dari drama legenda sumpah Bunian


Menonton beberapa siri drama tv3 sumpah Bunian..Saya jadi lebih mengenal jati diri dan lebih memaklumi insan..maknusia yang jenuh dengan nafsu,,hasad dengki..marah..benci..khianat..tidak tepat..menyalahi..tidak pernah cukup..terasa diri ini amat egois..Syabas kepada tv3 yang memaparkan kesah macam ni..sekurangnya dapat juga dijadikan iktibar dan renungan..lebih baik daripada cerita hantu seram..ngeri..kadang kadang jauh sangat pergi...
Mengenali diri kearah memperbaiki hati

Monday, November 2, 2009

Puisi: Ku temui sepasang kekasih


Kelmaren..
ku temui sepasang kekasih
yang lari dari rumahnya..
membawa bersamanya kenderaan cinta
memetraikan nikah tanpa restu Ayah Ibu
Aku bertanya..
sudah berapa lama cinta kalian bina
4 bulan cinta sungguh bermakna
bagai mata keris menikam dada
lalu sebak pun bergema
kemana hilangnya simpulan sayang Ayah Bonda
belai kasih 24 tahun
kerana tarian kata
dan lagu pujuk manis
pasangan kekasih itu
melayari bahtera cinta
atas laut air mata
tanpa doa tanpa restu
dimana berkatnya..

11 malam 2-11-2009
Jala

Sunday, November 1, 2009

Renungan 11 tentang perjalanan hidup


Hidup ini adalah satu perjalanan panjang..
Zandagi ek safar..hidup adalah satu musafir..
kadang kadang kita ketemui deduri jalanan..
mungkin juga kita temui jalan buntu...jangan sekali mengeluh..apalagi putus asa..jangan...jangan sekali kali...
kala itu tiada satu lampu ...sinar pun suram...
nyalakan lampu agama dan pelita hati..
pasti..kita dapati jalan dihadapan..cerah bercuaca..terang bemderang..

Andai suatu hari dalam perjalanan hidup kita...
menemui calar luka...garis derita...
ingatlah..bahawa bukan kita seorang yang menderita dalam dunia ini..
masih berjuta..orang yang lebih parah derita...derita dari kita...
pasangkan jalur SABAR...
tebarkan bendera kegigihan,....