Wednesday, September 30, 2009

lagu:dodoi anak masyarakat Jala




Tidurlah tidur anakku sayang
pejamlah mata janganlah bimbang
ibu ulek untuk mu seorang
kasih Bonda bukan sebarang

kesianlah Ibu kasihi Bonda
penat bekerja sepanjang masa
agar anak sihat sejahtera
sihat segar sepanjang masa

kalau anak besar nanti
jadilah anak harapan kami
tabur jasa tabur bakti
itulah anak pandai berbudi

ingatlah pada tuhan yang esa
menjadikan kita juga semua
tuhan itu maha kuasa
hidup dan mati ditanganya jua

Lgu;dodoi anak versi dairah jala

tidolah anak tidolah saye
pejelah mata jangelah bime
ibu ulek utok mu sore
kasih bona buka sebare

keseyelah ibu keseyelah bona
penat kerja sepaje masa
semuga anak selamat sejahtera
sihat sega sepaje masa

kalu anak besa nati
jadilah anak haghape kami
tabo jasa tabo bakti
itulah anak pana budi

ingatlah pada tuhe ye asa
mejadike kita juga sema
tuhe itu maha pekasa
hidup dan mati ditangenya

jala 30 kanyayun 2009
9.37 malam

Monday, September 28, 2009

Putus cinta..apa yang mesti kita buat





Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Apabila sidia kata tak nak..atau jangan cal dia lagi atau....apa yang mesti anda buat
Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.
1. Mendekatkan diri dengan Tuhan

Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.

4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.

8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. .
Biar hati yang luka tapi orang tak nampak wajah duka

Kisah dari Jala:Anak jutauwan dan petani miskin



Suatu hari seorang jutauwan membawa anaknya bermalam dirumah petani miskin..tujuannya agar anaknya mengenal apa itu kemiskinan..kerana sepanjang hidup anaknya tak pernah merasa kesusasahan dan penderitaan..bagai tudur bertilamkan emas berselimutkan wang..jutauwan dan anaknya tinggal selama 3 hari dengan petani miskin yang jauh dari bandar..
setelah pulang, Jutawan bertanya anaknya..bagaimana perasaan dan pandangan anaknya tentang kehidupan orang orang miskin yang melarat itu..
anaknya merenung mata Ayahnya dan spontan berkata.."banyak yang saya perolihi..dari kehidupan petani iskin itu..
1-Petani miskin bekerja ditempat lapang..pada sebidang tanah yang luas..kelilingnya dipenuhi dengan rumput rampai dan pokok pokok menghijau..sedangkan tempat Ayah bekerja cuma didalam satu bilik sempit..
2-makanan yang disiapkan oleh petani miskin adalah yang terdapat dikawasan rumah..ulam ulam dan sayuran..buah kelapa.dan beranika buahan. ikan.ayam itik...sementara dirumah kita semua makanan terpaksa disimpan dalam peti sejuk
3-sewaktu makan ,petani miskin duduk rapat rapat..bercakap penuh girang..semua nampak sedap..tapi dirumah kita terpaksa duduk atas kerusi dan meja panjang..makan pula seorang..semua makanan sudah tidak terasa lazat lagi
4-Anak petani miskin mendakap perut Ayahnya sewaktu naik basikal..nampak sungguh sayang dan mesra..sedangkan saya..duduk atas kerita seorang diri dihantar oleh pemandu yang digaji..
5-Dirumah petani miskin ,bulan adalah nion cuaca dan taburan bintang yang mengindahkan suasana malam..sedangkan dirumah kita sinar lampu terpaksa dibeli dengan wang
6-Rumah petani miskin dipagari oleh sungai dan alur air dan bukit bukau sedangkan rumah kita dipagari dengan batu batu sempit
7-Anak petani miskin banyak kawan..bermain dengan kawan kawan...bermain dengan rama rama,unggas,belalang..katak katak..banyak sangat kawan ..sedangkan saya kesepian keseorangan..tak ada kawan...
terimakasi kerana Ayah membawa saya mengenal kebahagiaan petani miskin dihujung desa..seseungghunya Ayah.!!.kita lebih miskin dari mereka..dan petani itu lebih kaya dan lebih bahagia dari kita....

10.30 ml 28 kanyayun 2009
jala...

Sunday, September 27, 2009

Seminggu dikampung


Selamat bertemu kembali dalam blog tercinta Nurani Mayaraini...Seminggu dikampung terasa amat sebentar..dalam kepenatan turun naik pokok tebang tebas terselit gembira dan ketenangan..angin yang menggeledah rambut paling nyaman..suara beburung yang berkokok memanggil kembali kenangan silam..daalm kenyamanan itu tertsentak parah apabila kelapa muda yang dibelai baja sejak lama patah terkulai..sejak hari itu..hati terasa amat tertekan..

Friday, September 18, 2009

puisi Dairah jala:Untuk sapa puisi ini



Sudah banyak ku tulis puisi
meluahkan sejalur rona hati
tapi disini
takdak sapa nak baca
takdak sapa nak ambil kira
kadang kadang aku tertanya sendiri
untuk sapa sejuta puisi
takdak tempat curahnya
orang sini suka kecek hal khilafiah
suka kecek hal sunat sunat
ada yang balah
ada yang pecah
sapa bercekah
lalu jadi firkah firkah

Sudah banyak ku tulis puisi
nak ajak kenal hakiki diri
tapi takdak yang baca
ada kata tak reti
ada kata tak bererti

pada sapa kelembutan ini
akan ku curah hati bakti
menabur semaian cinta
namun aku tak putus asa
aku akan menyanyi lagi
tentang pokok beringin yang patah
tentang bunga yang layu
tentang angin yang malu

Selepas sahur..28 Ramadhan 1430
jala

Puisi : Kata bermakna


Kata bermakna..
( Buat Nawawee Muhamad)

katamu kata bermakna
bahasamu kilauan cinta
ungkapan nurani sakti
menguak tabir raya
menjangkau angkasa
cinta mu tak pernah beranjak
miski masanya sirna
penamu tetap menari
menobatkan senandung setia
menjadi azimat keramat sepanjang hayat
cintamu
inspirasi Raini
bawalah hatimu
menerawang seluruh jagat
itulah cinta hakiki
pada jati diri
hakikat peribadi
dan bangsa sendiri

Selepas sahur 28 Ramadhan 1430
jala

Thursday, September 17, 2009

Suara takbir


Suara Takbir “

Dengar Beduk Berbunyi
Sayup Bergema Di Subuh Sunyi
Memanggil Kepada Muslimin
Segera Berbakti Kepada Illahi

Suara Azan Menyahut
Terdengar Sayup Memecah Sunyi
Memohon Restu Dengan Bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Korus
Terdengar Suara Takbir
Memuji Nama Illahi
Rasa Dalam Kalbu
Tenteram dan Aman Selalu

Kini Tiba Masanya
Hati Gembira Di Hari Raya
Bertemu Sanak dan Saudara
Bermaaf-maafan Dengan Keikhlasan

10 kanak kanak terbijak didunia


Alangkah berbangganya seorang Ayah atau Ibu andai anaknya amat bijak..mungkin anak anda adalah termasuk anak bijak...namun diduniaini ramai sangat kanak kanak bijak..antaranya...

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, Anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia jenius di seluruh dunia. Bayangkan Pada unur 4 tahun, dia sudah bisa membaca huruf Jepang, Korea,Jerman,Inggris. Pada umur 5 tahun ia mampu memacahkan masalah pada soal kalkulus. ia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.

2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Perkumpulan Orang muda seluruh dunia. Ia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev lho…

3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah usia 7 tahun
Gelaran “anak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seoarang anak dari India. Ia mengejutkan Publik, ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis lokal di tempatnya. gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswalpun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu bisa terbuka seperti sedia kala. Saat ini, ia tercatat sebagai dokter paling muda di dunia, ia diterima di Universitas pada usia 11 tahun.

4. Cleopatra Stratan : Bocah Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia adalah pencatat sejarah di Industri musik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (”pada usia 3″). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit

5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun
Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualitasnya sebagai jenius, ia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.

Pada mulanya Mark Jamieson, direktur dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy. Tretarik melihat sebuah poto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkannya bergabung dalam grupnya karena bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyadari bahwa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA
Lahir di New York dan tumbuh dewasa di Omaha di 1940. Jenius satu ini, saat kelas empat ia menguasai aljabar, saat akhir SD ia sudah bisa geometri, kalkulus dan filsafat. Saat SMU ia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.
Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang, ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah

7. Michael Kevin Kean : Lulus kuliah pada umur 10 tahun

Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. ia mengajar universitas pada usia 17 tahun. Namanya semakin mencuat kala dia memenangkan sebuah kuis online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutanGold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan kenyataan online.

8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14
Seorang anak berwarga negara America dan Italia ini sungguh jenius. Pada tahun 2007 ia memperoleh Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.
Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


9. Willie Mosconi : Pemain Bilyard Professional pada usia 6thn.
Mendapat julukan “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannyamain, ia sering berimprovisasi dengan gagang sapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, ia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.
Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenagkan BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. ia memebuat berbagai macam trik, membuat banyak rekor, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal

10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan solusi tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan pasangan, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis. Benar-benar genius..!!!!!

Wednesday, September 16, 2009

Mengapa kulit maknusia tidak serupa????



Orang-orang yang mempunyai kulit paling putih terdapat di Eropa bagian utara dan dinamakan orang-orang Nordik. Orang-orang yang mempunyai kulit paling hitam hidup di Afrika bagian barat. Orang-orang di Asia Tenggara mempunyai warna kulit coklat kekuningan. Tetapi, kebanyakan orang tidak berkulit putih, hitam, atau kuning, melainkan berkulit coklat dengan beratus-ratus variasi.


Apakah sebabnya terdapat perbedaan-perbedaan warna kulit pada orang-orang ini? Penjelasannya sebenarnya terletak pada seluruh rangkaian proses-proses kimia yang terjadi di dalam tubuh dan kulit. Di dalam jaringan-jaringan kulit terdapat dasar-dasar warna tertentu yang dinamakan "chromogens", yang tidak berwarna. Ketika ragi-ragi atau enzim-enzim bertindak berdasarkan dasar-dasar warna ini, warna kulit tertentu pun dihasilkan.

Bagaimana jika seseorang tidak mempunyai dasar-dasar warna ini, atau enzim-enzimnya tidak bekerja dengan sebagaimana mestinya terhadap dasar-dasar warna ini? Maka orang itu dinamakan "albino" karena tidak mempunyai zat warna sama sekali. Ini dapat terjadi pada orang-orang di mana saja di dunia ini. Ada orang-orang albino di Afrika, "orang-orang yang lebih putih" dari orang kulit putih mana pun!

Kulit manusia itu sendiri, tanpa adanya zat pewarna, berwarna putih krem. Tetapi pada warna ini ditambahkan sedikit warna kuning, yaitu akibat dari adanya pigmen kuning di dalam kulit. Unsur warna lain yang ditemukan dalam kulit adalah hitam, yaitu akibat dari adanya butiran-butiran kecil dari suatu zat yang dinamakan "melanin". Zat ini berwarna coklat, tetapi jika tampak dalam kumpulan besar akan kelihatan berwarna hitam.

Sifat lain ditambahkan pada kulit oleh warna merah darah yang beredar di dalam pembuluh-pembuluh kulit yang sangat kecil.

Warna kulit masing-masing orang bergantung pada perbandingan- perbandingan dari keempat warna ini yaitu putih, kuning, hitam, dan merah. Semua warna kulit umat manusia dapat diperoleh dengan kombinasi-kombinasi yang berbeda-beda dari unsur-unsur warna yang kita miliki ini.

Cahaya matahari dapat menciptakan melanin, pigmen hitam, di dalam kulit. Jadi, orang-orang yang tinggal di daerah-daerah tropis mempunyai lebih banyak pigmen melanin dan mempunyai kulit yang lebih gelap. Tetapi jika kamu berjemur di bawah sinar matahari selama beberapa hari, cahaya ultraviolet dari matahari akan menghasilkan lebih banyak melanin di dalam kulit kamu juga, dan ini akan mengakibatkan "warna coklat matahari"! __._,_.___

Keluarga:Untuk apa anda berkahwen..?



Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat

yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah
pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika
servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika
bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN , pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika
orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti
MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH
itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA. Dan ALLAH mencintai
hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai
ALLAH.

orang yang banyak gelak itu kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain,
dia juga akan dihina..

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga..

Orang yang menyintai akhirat,
dunia pasti menyintainya..
Renungkanlah teman-teman...

Monday, September 14, 2009

Kes rayuan di Majlis Agama Islam jala


Kes yang paling banyak dibuat rayuan di Majlis Agama Islam jala adalah kes Isteri minta Fasakh...menuntut cerai kerana tidak sekedudukan seperti suami isteri lebih 4 bulan..atau dalam istilah orang jala..Halak pajang>>ertinya membiarkan isteri keseorangan atau tidak memberi nafkah zahir batin melebihi 4 bulan..

1- Nuriah..berusia 25 tahun membuat rayuan untuk fasakh kerana suaminya tidak datang kerumahnya sejak 8 bulan yang lalu..apabila isteri minta surat cerai suami kata..kalau nak..pergilah kemajlis agama islam..aku tidak akan cerai..isteri tanya kenapa..suami jawab.tak tau tapi aku tak mau cerai..

2-Khadijah 32 tahun sudah ada 3 anak..sudah 2 tahun suami menghilang..nafkah tak bagi..isteri terpaksa menoreh getah jiran untuk menampung perbelanjaan keluarga..apabila mejlis memanggil suami .suami kata..isteri dia sejak dapat anak yang ketiga..tidak suka berhias..

3-mama Sah 30 tahun..suami tak datang kerumahnya hampir 15 bulan..kerana ada isteri muda..tak pernah bagi nafkah zahir dan batin,..isteri amat tertekan..minta cerai..suami marah dan maki..

4-Ni yang pelek..Jawahir 40 tahun merayu minta cerai..kerana suaminya tak bersamanya sudah 3 tahun..tinggal dalam satu rumah..tak bercakap..tak bertegur..suami buat daour lain..memasak sendiri..isteri masuk dekat suami marah..

Bersambung

Erti tanggungjawab


Semua orang maklum apabila disebut "Tanggunggjawab "dan itulah yang sering diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat..Suami cakap tentang tanggunggjawab isteri .Isteri cakap suami mestilah bertanggunggjawab..pemimpin ,pelajar..ibu bapa, anak anak semuanya cakap tentang tanggjawab...besarnya tanggunggjawab
Apakah erti tanggunggjawab..tanggunggjawab berasal dari dua kata...TANGGUNGG dan JAWAB..
Tanggung ertinya tugas yang kita pikul..
Jawab ertinya..sediakan jawapan kamu depan Allah nanti..
Bapa akan ditanya tentang tugas selaku bapa..sediakan jawapan didepan Allah
Suami akan ditanya tentang tugas yang dilakuka terhadap Isteri..
Pemimpin nanti akan ditanya tentang apa yang dia lakukan..tunggulah dan berilah jawapannya...
kalau tak dapat jawab..alamak..susah kita nanti...

Puisi Dairah jala: Terkenang


Terdengar gendang raya berbunyi
sayup sayup disubuh hari
dan takbir dimasjid tua
bagai anak ayam keluar sarang
anak anak berlari kesungai
dengan gementar kesejukan
dijirus seluruh badan
hari ni hari raya
terkenang aku pada Ayah
yang telah lama pergi
meninggalkan aku sewaktu aku berusia 4 tahun
terkenang pada Ibu yang amat berjasa
pun telah lama kembali
tanpa ayah dan ibu dipagi raya
sunyi dimana mana
lengang suasana
aku lah anak sunyi
aku lah anak sepi
menagiih kasih dipagi raya
ada tangan yang dikucup
ada tangan mengusap kepala
kita kadang kadang terlupa
sewaktu Ibu dan ayah ada
tidak mencurahkan segala rasa
apabila mereka tiada
barulah mencari sayang
menagih kasih
mengharap belaian cinta
dipagi raya
bersama bibir yang bergetaran
aku panggil nama Ayah
Aku sebut nama ibu

Selepas berbuka 21 Ramadhan 1430
Jala...

Sunday, September 13, 2009

Puisi Dairah Jala:kita dah nak raya


Kita dah nak raya weh
pakat suka pakat gembira
maklumlah setahun hanya sekali
dikeda rama tak leh nak jale
penuh dengan budak budak dan ore tua
cari baju cari selipar
harga mahal lari pinar
getah pun murah benar
nak beli sehelai baju untuk anak
kena noreh dua hari
tu tak masuk hak ayah dan ibu
Terah pun tak sukat lagi
pulut buat ketupat dimana nak cari
hari raya pun tiba
budak budak paka baju baru
tapi Ayah tetap paka baju dulu
kedutnya seribu
selipar pun kuning satu hija satu
Ibu pun serupa tu
baju yang di paka
telah tiga musim raya berlalu
takbir raya bergema
Ayah dan ibu sayu
melihat langit berwarna kelabu

Jala
selepas sahur 12 kanyayon2009

Puisi :Anak yatim itu


Dihujung malam
aku terdengar tetes tangisan
dari lima anak yang kematian Ayah
hujan lebat yang menggempur
tidak dapat meredakan suara tangisan itu
pada sebuah kerinduan yang tak pernah layu
menatah permata cinta
gugusan kuntuman kenangan
masih segar didepan mata
kini anak itu
dibelenggu gegelang rantai
rindu gundah tak bermusim
menggugat bimbang
meratib lagu derita
sewaktu ayah ada pun
mereka telah mempusakai kemiskinan
yang diwarisi dari nenek nenek
kini Ayah tiada
Ibu pun sering lelah dipergantian hari
hari berlalu dan bakal menjelang
adalah kerikil kerikil menghunus
hidup tanpa bintang tiada lagi mentari
Anak yatim itu
meneguk lagi sisa derita
menuang ulam senngsara
memamah batu gelita

selepas sahur 13 Kanyayon 2009
Jala

Thursday, September 10, 2009

Puisi Dairah Jala :Untuk yang demam


Maklumlah kita ni maknusia
ada gitu lah
sakit dan demam
kara biasa dalam putaran hidup
demam
ngajak kita mikir
ngajak kita berzikir
serupa dengan bangunan kukuh
dah mula tembus atap dan dinding
waktu demam
kita kena sabar
muga dah lama tuhan beri segar
demam lama lama sekali
sepaya kita sedar
kata ni lah kita
cuma satu saja
selain kita berikhtiar
kita ingat kepada dia
tu la dia maha kuasa
kita minta panjang umur
beri kita sihat sepanjang masa
dengan niat dan azam
kita nak bekuat ibadat dan amalan
demam lama lama sekali
kita bermunajat pada yang asa
dengan doa dan harapan didada

lepas sahur 11 kanyayon 2009
Jala

Beberapa info tentang Lailatulkadar



Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya. .." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.


Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Wednesday, September 9, 2009

Apakah yang sangat dirisaukan oleh orang Asia



Satu kajian telah dibuat oleh sebuah majalah terkenal tentang apakah yang paling dirisau atau menjadi hal paling stres dan serabut bagi orang Asia,didapati perkara yang paling merisaukan adalah;
1-Memandu kerita tidak berdisiplin 87%
2-Memotong kerita membuta tuli 86%
3-Meludah air liur ditempat awam 84%
4-Melmpar sampah tidak bertempat 79%
5-bau badan 77%
6-Bercakap kasar 75%
7-Melepas anjing dijalanan 73%
8-Jiran bersuara nyaring 69%
9-Hisap rokok ditempat awam 68%
10-Tidak tepat masa 67%
11-Berbicara dalam handphon terlalu
nyaring 66%
12-Terlalu banyak iklan dan kempen 58%
13-Bina jalan tak sudah sudah 55%
14-Tak suka minta maaf 49%
15-Plastik bertaburan 43%
Ha..itu pandangan orang luar..hai teruk juga ya..
lepas berbuka 9-9-2009 Jala

Sebuah kisah istimewa



Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Pak Roslan, 58 tahun . Sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak Roslan memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak Roslan masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak Roslan sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak Roslan lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak Roslan berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak Roslan tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Roslan menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Roslan...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Roslan diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak Roslan...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Roslan pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak Roslan bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya....kerana DIA maha Mendengar... .
Kisah yang wajar kita teladani..

Tuesday, September 8, 2009

Kisah kena tampar



Hari ini saya ingin menghadiahkan sebuah cerita teladan untuk anda semua. Kisah ini berkaitan dengan seseorang yang tidak mempercayai dengan kewujudan TUHAN. Dek kerana ketidakpercayaan itu, dia telah diberi penampar sulung yang terus menyedarkan dirinya dari lena yang panjang. Ikuti kisah seterusnya. Mungkin ini boleh dijadikan satu pengajaran dan renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinam
akan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Hai..macam macam..oramng sekarang..

mari kita berzakat



Hikmah Zakat Fitrah
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, ia berkata:
فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِيْنِ
“Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin.” (Hasan, HR. Abu Dawud Kitabul Zakat Bab. Zakatul Fitr: 17 no. 1609 Ibnu Majah: 2/395 K. Zakat Bab Shadaqah Fitri: 21 no: 1827 dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud)

Mengapa disebut Zakat Fitrah?
Sebutan yang populer di kalangan masyarakat kita adalah zakat fitrah. Mengapa demikian? Karena maksud dari zakat ini adalah zakat jiwa, diambil dari kata fitrah, yaitu asal-usul penciptaan jiwa (manusia) sehingga wajib atas setiap jiwa (Fathul Bari, 3/367). Semakna dengan itu Ahmad bin Muhammad Al-Fayyumi menjelaskan bahwa ucapan para ulama “wajib fitrah” maksudnya wajib zakat fitrah. (Al-Mishbahul Munir: 476)

Namun yang lebih populer di kalangan para ulama disebut زَكَاةُ الْفِطْرِ zakat fithri atau صَدَقَةُ الْفِطْرِ shadaqah fithri. Kata Fithri di sini kembali kepada makna berbuka dari puasa Ramadhan, karena kewajiban tersebut ada setelah selesai menunaikan puasa bulan Ramadhan. Sebagian ulama seperti Ibnu Hajar Al-’Asqalani menerangkan bahwa sebutan yang kedua ini lebih jelas jika merujuk pada sebab musababnya dan pada sebagian penyebutannya dalam sebagian riwayat. (Lihat Fathul Bari, 3/367)

Hukum Zakat Fitrah
Pendapat yang terkuat, zakat fitrah hukumnya wajib. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, di antara mereka adalah Abul Aliyah, Atha’ dan Ibnu Sirin, sebagaimana disebutkan Al-Imam Al-Bukhari. Bahkan Ibnul Mundzir telah menukil ijma’ atas wajibnya fitrah, walaupun tidak benar jika dikatakan ijma’. Namun, ini cukup menunjukkan bahwa mayoritas para ulama berpandangan wajibnya zakat fitrah.
Dasar mereka adalah hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَاْلأُنْثَى وَالصَّغِيْرِ وَالْكَبِيْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma ia mengatakan: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menfardhukan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum atas budak sahaya, orang merdeka, laki-laki, wanita, kecil dan besar dari kaum muslimin. Dan Nabi memerintahkan untuk ditunaikan sebelum keluarnya orang-orang menuju shalat (Id).” (Shahih, HR. Al-Bukhari, Kitabuz Zakat Bab Fardhu Shadaqatul Fithri 3/367, no. 1503 dan ini lafadznya. Diriwayatkan juga oleh Muslim)
Dalam lafadz Al-Bukhari yang lain:
أمر النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِزَكَاةِ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ
“Nabi memerintahkan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum.” (HR. Al-Bukhari no. 1507)
Dari dua lafadz hadits tersebut nampak jelas bagi kita bahwa Nabi menfardhukan dan memerintahkan, sehingga hukum zakat fitrah adalah wajib.

Siapa yang Wajib Berzakat Fitrah?
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menerangkan dalam hadits sebelumnya bahwa kewajiban tersebut dikenakan atas semua orang, besar ataupun kecil, laki-laki ataupun perempuan, dan orang merdeka maupun budak hamba sahaya. Akan tetapi untuk anak kecil diwakili oleh walinya dalam mengeluarkan zakat. Ibnu Hajar mengatakan: “Yang nampak dari hadits itu bahwa kewajiban zakat dikenakan atas anak kecil, namun perintah tersebut tertuju kepada walinya. Dengan demikian, kewajiban tersebut ditunaikan dari harta anak kecil tersebut. Jika tidak punya, maka menjadi kewajiban yang memberinya nafkah, ini merupakan pendapat jumhur ulama.” (Al-Fath, 3/369; lihat At-Tamhid, 14/326-328, 335-336)
Nafi’ mengatakan:
فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُعْطِي عَنِ الصَّغِيْرِ وَالْكَبِيْرِ حَتَّى إِنْ كَانَ لِيُعْطِي عَنْ بَنِيَّ
“Dahulu Ibnu ‘Umar menunaikan zakat anak kecil dan dewasa, sehingga dia dulu benar-benar menunaikan zakat anakku.” (Shahih, HR. Al-Bukhari Kitabuz Zakat Bab 77, no. 1511, Al-Fath, 3/375)
Demikian pula budak hamba sahaya diwakili oleh tuannya. (Al-Fath, 3/369)

Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Orang-orang yang berhak menerima zakat pula adalah seperti berikut::
Orang-orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu keperluannya atau tidak mencukupi
Amil,iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
Muallaf,iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
Hamba ,iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah), iaitu bagi setiap kegiatan amal seperti membina masjid, rumah anak yatim dan sebagainya..

8 kanyayon 2009

Puisi dairah Jala



Hariraya dah nak tiba

hariraya
sebut saja nama
hati kita pun gembira
serupa sekuntum bunga kembe
harum sedap baunya
disebuah rumah kecik
buruk pula
ada satu keluarga
titik hujan dimata Ayah
baju raya anak anak tak beli lagi
sukat terah nak cari mana
mana duit nak buat ketupat
mana duit nak beli beras
hari raya semua gembira
si Ibu mikir jauh
pada masa depan yang gelap gelita
serupa malam takdak bintang
kalau ada pun
serupa lit lit cahaya dihujung gua
hujan dimata makin melebat
dinding rumah pun berlubang
atap pun tiris dimana mana
ni raya dah nak tiba
hati rasa gembira
tapi nak cari mana nak beli baju raya
untuk anak anak berlima

dirumah sana
tiga anak yatim
bapanya meninggal dua tiga tahun lalu
kepada siapa tangan nak hulur
meminta sepasang baju
meminta kupiah putih
kepada siapa dia nak panggil Ayah
kepada siapa kasih nak curah
kepada siapa tangan nak kucup
anak yatim itu merenung lagi
pada malam hitam
dia serupa seekor semut hitam
atas batu hitam
pada malam yang kelam
air mata yang berderai
sudah tidak bererti lagi
sudah bercupak airnya keluar
tapi tak ada yang simpati
namun tahun ini
seperti tahun tahun berlalu
dia akan menangis lagi
dia akan sebak lagi

Selepas berbuka puasa 8 kanyayon 2009
jala

Monday, September 7, 2009

lagi cerita lucu


1-Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum? www.familiazam.com
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi? www.familiazam.com
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya

2-Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

3 Tak malu
Dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel lima bintang, si isteri tegur suaminya.
Isteri: Abang ni, dah lapan kali ambil daging bakar tu, orang lain perhati aja. Abang tak malu ke?
Suami: Tak... abang cakap dengan dia orang, awak yang nak.


3- Temuduga
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!

Cerita lucu

Assalamualaikum


Lucu ya, duit 50Bat kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang
perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang
mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang
besar dari Allah." (QS 33:47)

Sunday, September 6, 2009

Kata kata hikmat tentang adab



*Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

*Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

( Aristotle )

*Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

*Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

*Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

*Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

*Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

*Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

*Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

*Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

*Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

*Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

*Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

*Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Lepas sahur 17 ramadhan 1430
Jala

Puisi : kelapa


Betapa rindunya hati ini
Kala diriku terjerat di penjara cinta
Kala hatiku dibaluti kesayuan rindu
Kala sepi berlabuh di dasar kalbu
Kala irama syahdu menemani diri mengisi waktu
terkenang buah kelapa
yang sering membelai luka
kurindu pada manis airmu
Seakan mengerti bisikan hati.
kelapa muda
Hari berganti hari
namun kelapa muda tetap bersemadi
ku tau manisnya nira
kulit hijau mempesona
ternampak tarian rindu
pada daun kelapa muda itu
sesekali semilir angin menyapa
daun kelapa meliut manja
bertambah lagi sayangku
kadang kadang aku bertanya
kenapa ..dari mana
tanpa ribut dan taufan
airnya berganda
ku ingin desiran kelapa itu bergulir lagi
biar gisirannya melonak hati
bagai biola dan irama keroncong
serulah angin ong balong
mohon tiga kawah angin
dari puncak gunung itu
kerana aku amat gembira
mendengar siolan dedaun
dan bersihnya kulit hijau
bersama nira
disitulah tumpahnya cinta

selepas berbuka 16 ramadhan 1430

Saturday, September 5, 2009

Puisi untuk Kaklong..guru hisabku


Masih terasa pedihnya
cubitan cikgu ditelinga
membimbingku bagai anakmu
kau tatah bagai permata
kau tapah bagai minyak
kau papah bagai pesakit
cubitan mu membuat aku sedar
tengtang erti ilmu dan pengalaman
tentang masa depan
tentang progrem dan rancangan
nasihat yang kau tabur
adalah bertih metra
menyedarkan aku tentang segenggam budi
lalu.....
apabila usia meningkat
jasamu makin ku kenang
menjadi kilauan berlian
yang tidak bisa dijualbelikan
nah...........
tabik hurmat ku pada jasa
untuk Kaklong cikguku
Dusun langgar kotabaru
semuga panjang usia
sihat ceria

15 ramadhan 1430
Jala

Friday, September 4, 2009

Pantun raya dari Jala


Buahan buahan banyak disini
durian rambutan dokong langsat
raya pun dah tak banyak hari
persiapan sudahkan dibuat

Kehadiran raya kita bersyukur
bukti tanda kemurahan Ilahi
andai ada silap terlanjur
maaf diminta seikhlas hati

Jam tembak sering berdentingan
mengingatkan masa terus berlalu
memang begitu hidup insan
salah silap selalu berlaku

Tebarkan maaf diseluruh negeri
agar maya terus harmoni
kemaafan anada kami hargai
ampunan tuan memnyejuk hati

pagi.Jala 5 Kanyayon 2009

Thursday, September 3, 2009

Viras dalam perkawanan


Anatara orang penting dalam hidup kita ini adalah KAWAN..andai bertemu kawan baik adalah suatu keberuntungan,,dan andai bertemu kawan curang dia adalah seteru yang tidak harus diikat sayang..banyak hal yang boleh merosakan perkawanan anatara lain:
1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)
“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)
tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih
hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara
-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuransedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan
-sering mendebat dan membantah
“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)
-kritikan keras yang melukai perasaan

4) sikap acuh(59:9)
…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan merekamenanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temuipadahal mereka di sini bersamakumataku mencari mereka ke sana kemaripadahal mereka ada di dekat pelupuknyahatiku bergejolak merindukan merekapadahal mereka ada di antara tulang rusukku
sekalipun wajahku tak dapat menatapmu laginamun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirnaaku tidak akan berhenti memujimudari kejauhan, bersama untaian doajiwaku akan selalu merindukanmubersua bersama penuh ketulusan dan cinta
jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanyahasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)
“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran
“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)
8)memberi teguran di depan orang lain
…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan
terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannyasebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnyaterimalah sahabatmu kerana jika ia menyakitilain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat
“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)
jika tak menegur bererti tiada cintacinta tetap bertahan selama ada teguran*
banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihatibanyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukaiapalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki
…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia
…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)
orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi
“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…
“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senangnamun sahabat sejati adalah yang tetap menemaniketika penderitaan menimpa

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya
kepadamucarilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…
“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)
17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia
orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…
jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…
19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat
“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)
20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.
21) terlalu cinta

Pantun budi dari Jala


Bunga bongor cantik berseri
warna ungu menarik hati
cantik insan kerana budi
budi bahasa gambaran idintiti


Dari Jala pergi ke Pattani
Singgah menbeli dikedai Yakrang
tanpa maruah dan nilai diri
hidup bagai sepah terbuang

Naratiwas bandar ternama
pantai putih pasir merata
cantik wanita kerana bahasanya
perkasa lelaki kerana akhlaknya

3 Kanyayun 2009 Jala

Wednesday, September 2, 2009

Iktibar dari drama :Legenda sumpah bunian



Menonton drama legenda sumpah bunian tv 3 saya jadi lebih mengenali diri sendiri..lebih mengenal ciri dan sipat insani...cemburu..nafsu tak pernah kenyang...benci..dengki..SYABAS tv 3 mengeluarkan drama macam ni..lebih baik dari cerita hantu yang menakutkan...kesudahannya tiada apa yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran..

Puisi rona rona kehidupan


Menyelusuri perjalanan hidup
tak selalunya indah ditabur bunga
tak selalu manis mandian lebah
tak selalunya kerikil bercuka
masa lalu adalah
deburan ombak yang memercikakan sebuah cetusan
lalu ku tari dengan jejari
rintangan yang membelit
adalah lakaran mimpi
lalu hari ini
aku tidak mau lagi menjadi ilusi
ku ingin agar menjadi rialiti
ku tanam cinta pada maya
bersama alami murni
kerikil kerikil yang bergulir
luruskan menjadi atma
dihujung sebuah ilusi
ada janji yang terpeteri
Jala 3 kanyayun 2009

Tuesday, September 1, 2009